CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1223|Reply: 11

Paling Sikit Dapat RM3, Paling Banyak RM500-Bang Chik Dah Pecah 23 Tabung Masjid, Surau

[Copy link]
Post time 7-4-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif menjalankan jenayah pecah tabung masjid dan surau berakhir apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, Jumaat lalu.


Penganggur berusia 33 tahun itu ditahan anggota Bahagian Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada 12.15 tengah malam.


Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek diberkas menerusi risikan daripada Op Tabung oleh pasukan khas yang ditubuhkan Polis Melaka.


Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan 34 daripada 41 laporan diterima membabitkan kes pecah tabung masjid dan surau sekitar negeri ini.




Foto: Harian Metro




"Hasil siasatan dijalankan, suspek mengaku melakukan 23 jenayah pecah tabung masjid dan surau di negeri ini iaitu 16 di sekitar Melaka Tengah, enam di Alor Gajah manakala satu di Jasin.


"Dia turut mengaku terbabit melakukan perbuatan sama di beberapa masjid dan surau di Negeri Sembilan dengan menyasarkan premis yang tidak berkunci sebelum mencecahkan tabung yang berikat pada tiang antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi," katanya.


Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek yang digelar sebagai 'Bang Chik' bergerak berseorangan melakukan jenayah sejak Januari hingga 30 Mac lalu sebelum ditahan.


"Dia mendakwa memperoleh antara RM3 hingga RM500 setiap kali melakukan aktiviti pecah tabung.


"Ketika serbuan ke rumahnya, polis turut merampas sejumlah wang tunai, dua motosikal, beberapa peralatan dan pakaian dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah itu," katanya.


Zainol berkata, semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan enam rekod dadah.


"Dia kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan selain kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.


Beliau berkata, berbanding tahun lalu, jenayah pecah tabung masjid dan surau di Melaka menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila dalam tempoh Januari hingga Mac sebanyak 41 kes dilaporkan berbanding 17 untuk tempoh sama tahun lalu.


"Sebanyak 30 kertas siasatan dibuka untuk tahun ini berbanding hanya 11 tahun lalu.


"Walaupun beberapa siri tangkapan sudah dibuat pada tahun ini dan menyelesaikan 11 kes namun jenayah pecah tabung masjid dan surau masih berlaku," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 12:52 PM | Show all posts
Sekali mendadih sampai kiamat org dah tak percaya ko dekk.. no second chance to drug addict
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:42 PM | Show all posts
memang la tak selesai bukan sorang saja yang pecah tabung majid/surau, banyak lagi harap pihak berkuasa mempergiatkan lagi usaha membanteras jenayah seperti ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dah tak perlu kot tabung2 masjid ni
Masjid dah boleh letak no.acc ja transfer online sedekah kat masjid. Lebih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 7-4-2022 09:11 PM
Rasanya dah tak perlu kot tabung2 masjid ni
Masjid dah boleh letak no.acc ja transfer online sedekah ...

Area kampung mana pulak pakcik2 tua nak jd celik IT main transfer qr pay bagai ni.. silap hari bulan diorang pun simpan duit bwh tilam huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Husnuzon dia nk guna duit
Mintak zakat x dapat
Kalu gi gereja mesti sng dpt duit
Ni masjid nk tangkap2 pulak

Katanyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 11:39 PM | Show all posts
tu dia aih Bang Chik...sakan sungguh nooo....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape pulak penganggur,dia ada keje la. Keje merompak tabung masjid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, sedih tgk org ni. [em:9:]
Dh tiba masuk penjara , bkn bg mkn tido buat aktiviti bebas je. Org cmni la, penjara kena pantau bwk g kebun kelapa sawit,  ajar kait buah. Biar dia tau ada je kerja. Tp buatnya bebas balik, g nye amek buah sawit org lain. Mmg 'penyakit' ni ssh nk diubatim
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 07:58 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 7-4-2022 09:11 PM
Rasanya dah tak perlu kot tabung2 masjid ni
Masjid dah boleh letak no.acc ja transfer online sedekah ...

Transfer online tak anonymous. Lagipun malu / malas nak transfer seringgit.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 7-4-2022 10:50 PM
Area kampung mana pulak pakcik2 tua nak jd celik IT main transfer qr pay bagai ni.. silap hari bul ...

Tapi terus masuk acc bank lagi secured dari tabung2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 8-4-2022 02:44 PM
Tapi terus masuk acc bank lagi secured dari tabung2 mcm ni

Betul.. mungkin bg org muda cam kita practical la.. kt kampung ni biasanya behaviour jemaah masjid surau ni lain sket kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047429 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list