View: 989|Reply: 5
|
Rompak Rumah Orang Waktu Sahur, Tuan Rumah Cedera Bergelut Sampai Kena 10 Jahitan
[Copy link]
|
|
Seorang penyelia kurier terpaksa menerima 10 jahitan di tangan akibat bergelut dengan seorang perompak bersenjatakan pisau yang memecah masuk rumahnya pada waktu sahur di Kampung Laut Tiga, Palekbang, Tumpat Terengganu, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi ketika mangsa berusia 50 tahun, bangun dari tidur untuk bersahur.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/06/152600u9ruyfnrd4r1tr9z.png) Foto: Sinar Harian
"Mangsa terserempak dengan seorang lelaki memakai topeng serta memegang sebilah pisau di ruang tamu rumahnya. Lelaki tersebut menyuruh mangsa membuka pintu untuk dia keluar.
"Semasa mangsa menghampiri, suspek mengacukan pisau menyebabkan mangsa mengambil sebuah kerusi kayu untuk mempertahankan diri dan memukul suspek,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mohd Azmir berkata, berlaku pergelutan dan suspek melarikan diri dengan keluar melalui pintu belakang.
" emeriksaan polis mendapati ada kesan umpil di tingkap rumah.
"Mangsa pula mengalami kecederaan pada jari tangan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kelaboran. Mangsa terpaksa menerima 10 jahitan di tiga jari tangan kiri dipercayai terkena pisau,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian datang ke balai membuat laporan polis.
"Siasatan awal mendapati tidak ada kerugian barangan berharga. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak,” katanya. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm..Tumpat pun dah kena jajah dengan Tganu..
Mungkin wartawan lapar sangat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lain tak bukan, aku suspect mesti penagih dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 6-4-2022 07:38 PM
Hmmmm..Tumpat pun dah kena jajah dengan Tganu..
Mungkin wartawan lapar sangat ni.
Ptt ler iols rs sejak bila ada palekbang kt ganu..hahaha....geng tak sabar nak azan awal ke apa ni... |
|
|
|
|
|
|
|
penagih la ni
hanya penagih yg ckup gila dtg mencuri rumah irg yg ada lelaki seorang diri
kalau dtg rumah aku ni rasanya mampus dah kena panggang dek roomate aku buat buka puasa
kitorang memang tak pernah kunci pinti depan sebab ada org keluar masuk 24/7 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bongok sgt wartawan..x reti ke edit berita..tumpat tu kat kelantan lah dan i believe mmg mat pit..patut bg tembak mati je penagih ni seme hidup pun nyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
| |
|