CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 2

[Tempatan] Berpantang maut sebelum ajal, lelaki nyaris maut kereta terjunam ke dalam gaung

[Copy link]
Post time 5-4-2022 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki nyaris maut kereta terjunam ke dalam gaung

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... nam-ke-dalam-gaung/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
5 April 2022, 6:59 pm


Sebuah kereta remuk teruk selepas terjatuh ke gaung sedalam 80 meter di Kilometer 5.6 Jalan Genting Highlands di Bentong hari ini.

BENTONG – Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 80 meter di Kilometer 5.6 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menyaksikan kereta jenis Proton Saga FLX berkenaan remuk teruk.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kereta Proton FLX berkenaan yang dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung di tapak pembinaan cerun sedalam 80 meter.

“Akibat kemalangan mangsa yang berumur 48 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher dan sakit pada bahagian dada.

“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan dipandu diselenggara dengan baik dan selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 09:01 PM | Show all posts
jauh p hosp selayang...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjunam-terjunam dalam belukar ke 7676 dalam blue car?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035726 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list