View: 1549|Reply: 9
|
Buruh Binaan Dibuang Kerja- Campak Tahi Sendiri Dari Atas Kren, Melekat Di Cermin Bangunan
[Copy link]
|
|
Seorang buruh binaan dibuang kerja selepas melempar bungkusan najisnya dari atas kren ke bangunan bersebelahan.
Insiden yang berlaku di Dublin itu dirakam oleh pekerja terbabit sebelum video yang dimuat naik di laman sosialnya ditular warganet.
Dalam video itu, lelaki berkenaan turut menjerit 'kegembiraan menjadi pemandu kren' disusuli ketawa kuat sambil menghayunkan beg berisi najis dari atas kren ke sebuah bangunan di bawah.
Foto: Daily Star
Ekoran itu, pada 30 Mac, pengurus projek tapak itu menandatangani surat pemberhentian pekerja tersebut malah dia juga tidak dapat bekerja di tapak lain di bawah kendalian syarikat pembinaan yang sama.
Menurut jurucakap syarikat pengurusan bangunan berkenaan, kejadian yang berlaku itu sangat dikesali.
Pekerja binaan dibuang kerja selepas insiden mencampak najis ke bangunan bersebelahan.
Bungkusan najis yang dicampak melekat pada cermin tingkap bangunan bersebelahan.
"Sebaik sahaja kami menyedari kejadian ini, dia terus dikeluarkan dari tapak dan tidak dibenarkan bekerja di mana-mana tapak kami yang lain pada masa hadapan," ujarnya.
Tambahnya, pemeriksaan keselamatan dan kerja kebersihan telah dijalankan ke atas bangunan tempat pekerja itu membuang najisnya.
"Orang ramai diminta menghapuskan video lelaki tersebut di mana-mana platform media sosial," ujarnya.
Sementara itu, pekerja tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan pihak pengurusan. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lawak --->>> Bungkusan najis yang dicampak melekat pada cermin tingkap bangunan bersebelahan.
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia bungkus najis dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb najis tak wajar bungkus ikat tepi, seharusnya melakat di cermin giteww
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng lempar taik cm kt seberang |
|
|
|
|
|
|
|
kat atas tu takde tandas. Biasa pekerja naik atas kren tu dah bawa siap2 makanan dan minuman
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan kat negara sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
Negara sebelah selatan tue ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti menyesal tak sudah buat perangai |
|
|
|
|
|
|
| |
|