CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kedah] Tokan air ketum dicekup polis

[Copy link]
Post time 4-4-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daun ketum, air ketum, peralatan memasak serta wang tunai yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM

Pendang: Seorang lelaki berusia 30-an mampu mengaut keuntungan lumayan dengan hanya menjual air ketum yang diproses sendiri di belakang rumahnya di Kampung Banggol Kambing, di sini.

Bagaimanapun, kegiatan tokan air ketum itu berjaya dikesan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang melakukan serbuan jam 12 tengah malam tadi.

Ketika serbuan dilakukan, dia dipercayai baru selesai memproses air ketum sebelum membungkusnya untuk dijual kepada pelanggannya di sekitar kawasan kampung itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas dua bungkusan plastik lutsinar yang berisi daun hijau disyaki daun ketum yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan 20 bungkusan plastik lutsinar yang berisi cecair disyaki air rebusan daun ketum yang dianggarkan seberat 5,000 mililiter (ml).

Beliau berkata, turut dirampas, peralatan untuk memproses air ketum iaitu tong gas, periuk, dapur gas memasak yang disyaki digunakan untuk memasak air daun ketum dan tiga bungkusan plastik lutsinar yang berisi paket plastik lutsinar yang disyaki digunakan untuk membungkus air daun ketum.

"Selain itu, turut dirampas,wang tunai berjumlah RM7,120, yang disyaki adalah wang hasil daripada penjualan air ketum.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai memproses air ketum berkenaan di belakang rumahnya itu dan menjual kepada pelanggan tetap di kampungnya dengan harga RM5 sebungkus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arriz Sham berkata, permintaan banyak menyebabkan lelaki itu semakin berani malah tidak pernah serik walaupun sebelum ini pernah ditangkap beberapa kali atas kesalahan yang sama.

Beliau berkata, suspek kini direman di lokap Balai Polis Pendang dan kes disiasat dibawah kesalahan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.

"Sehubungan itu, pihak IPD Pendang amat berterima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat berkaitan jenayah pengedaran air ketum di kawasan terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketum-dicekup-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.081492 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list