Baru-baru ini penerbit majlis Oscar Will Packer ditemu bual oleh Good Morning America untuk menceritakan lagi tentang kejadian di Oscar yang melibatkan Will Smith dan Chris Rock.
kredit foto: VOX
Petikan dari Sinar, Polis di Los Angeles telah bersiap sedia untuk menahan pelakon terkenal Will Smith ketika majlis Oscar pada minggu lalu kerana menampar pelakon dan hos Oscar berkenaan.
kredit foto: Black Enterprise
Difahamkan, ketika siaran langsung majlis Oscar ke-94, Smith nenampar Rock di atas pentas kerana membuat gurauan tentang Jada Smith (Isteri Will Smith).
Smith kemudian memohon maaf kepada Rock ketika beliau mendapat anugerah Pelakon Terbaik.
kredit foto: BBC
Dalam waktu itu, anggota polis di Los Angeles telah melakukan perbincangan bersama Rock untuk tindakan selanjutnya terhadap Smith, tetapi difahamkan dia telah memaafkan aktor terbabit dan tiada tindakan lanjut dari pihak berkuasa. - CARI