CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 1

Nama Dipetik Yasin, Syed Saddiq Kata Tak Mudah Nak Lulus Penggunaan Ganja

[Copy link]
Post time 1-4-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Selapas namanya dipetik penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang kini berdepan pertuduhan kes dadah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya tampil bersuara.







Menerusi satu kenyataan di Facebook, Syed Saddiq menjelaskan bahawa untuk meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan bukan satu tugasan yang mudah.


"Saya menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah.


"Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes," tegasnya.




Kredit foto: IG Syed Saddiq/Harian Metro




Syed Saddiq bagaimanapun mengulangi pendiriannya dalam isu penggunaan ganja atau kanabis.


Bagaimanapun beliau berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan isu tersebut memberi perkembangan yang positif.


"Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti," jelasnya.


Tambahnya, ketika menjadi menteri, beliau konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).


Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah bekas menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga ada mengeluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan kementerian membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.


"Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekarang.


"Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab 'trend' atau cakap-cakap orang.


"Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.


"Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia," katanya.


Tambahnya, lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan dengan nilai pasaran industri mencecah RM60 bilion.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 09:33 PM | Show all posts
teruskan berharap

miracles do happen

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list