CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Dakwa segera suspek kes cubaan bunuh Pengarah Eksekutif PHEB'

[Copy link]
Post time 31-3-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode
'Dakwa segera suspek kes cubaan bunuh Pengarah Eksekutif PHEB'
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 31 Mac 2022



Ramasamy (kanan) pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya pada Khamis.


GEORGETOWN - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) menggesa polis segera menjalankan siasatan dan mendakwa suspek yang terlibat dengan kes cubaan membunuh Pengarah Eksekutifnya, Datuk M Ramachandran tahun lalu.


Pengerusi PHEB, P Ramasamy berkata, walaupun insiden itu telah lapan bulan berlalu namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan tetap atau pendakwaan suspek dilakukan.


Menurutnya, terdapat khabar angin kononnya ada pihak tertentu cuba memberi rasuah dengan jumlah wang yang tinggi supaya kes itu disenyapkan dan ditutup tanpa sebarang tangkapan.


"Walaupun beberapa tangkapan telah dibuat sebelum ini termasuk penglibatan seorang pegawai tinggi sebuah badan berkanun negeri namun sehingga sekarang tiada sebarang pendakwaan dibuat.


"Insiden ini sememangnya satu cubaan membunuh tetapi nasib Ramachandran terselamat, namun ia telah mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai memandangkan penjenayah yang terlibat masih lagi bebas," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.


Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berkata, disebabkan tiada sebarang pendakwaan dibuat menyebabkan orang awam boleh hilang kepercayaan terhadap pihak berkuasa dan keselamatan awam.


"Kami difahamkan seorang peguam yang dikenali telah bertemu dengan Ramchandran dan memujuknya untuk menyelesaikan kes ini secara senyap.


"Pihak polis juga mengesahkan yang mereka telah mengenal pasti identiti suspek-suspek yang terlibat dalam insiden jenayah ini namun mengapa sehingga hari ini tiada pendakwaan dibuat?" katanya.


Dalam pada itu, Ramasamy berkata, beliau telah menulis dua surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memohon agar siasatan kes itu disegerakan.


Pada 24 Julai tahun lalu Sinar Harian melaporkan Ramchandran parah ditetak sekumpulan individu di hadapan kediamannya di Taman Alma, Machang Bubok dalam kejadian jam 7 malam.


Ramachandran, 70, cedera di bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan akibat diserang dengan senjata tajam.


Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang turun dari kereta untuk masuk ke dalam rumahnya sebelum diserang empat lelaki.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... arah-Eksekutif-PHEB
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.358683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list