CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4357|Reply: 66

Perusahaan Kedai Runcit Di Kelantan Dimonopoli Pendatang Asing?

[Copy link]
Post time 31-3-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Kelantan akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan pendatang asing di negeri itu yang memonopoli perusahaan khususnya kedai runcit.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan serta aduan rasmi berhubung perkara berkenaan.




Datuk Abdul Aziz Derashid meminta supaya kerajaan negeri memberi peluang pekerjaaan kepada anak-anak tempatan berikutan kedai runcit dibuka oleh orang asing termasuk warga Bangladesh dan Pakistan. - Gambar hiasan




"Saya akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri serta Majlis Daerah dan sebagainya adakah wujudnya aduan mengenai perkara ini dan sekiranya ada kita akan mengambil tindakan sewajarnya.


Kerajaan Kelantan akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan pendatang asing di negeri itu yang memonopoli perusahaan khususnya kedai runcit.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan serta aduan rasmi berhubung perkara berkenaan.


"Saya akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri serta Majlis Daerah dan sebagainya adakah wujudnya aduan mengenai perkara ini dan sekiranya ada kita akan mengambil tindakan sewajarnya.


Ketika mencelah kepada jawapan Hanifa mengenai kedatangan pendatang asing ke negeri ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kebanyakan mereka menggunakan strategi berkahwin dengan penduduk tempatan.


"ermohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan mahupun membuka premis ia mestilah membabitkan penduduk tempatan. Oleh itu, antara strategi mereka (pendatang asing) adalah mereka berkahwin dengan orang tempatan, oleh itu kita harap strategi ini dapat ditangani," katanya.


Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Abdul Aziz mengenai peluang pekerjaan kepada golongan belia secara dalam talian, Hanifa berkata setakat, platform perniagaan itu mendapat sambutan yang cukup baik golongan belia terutama sepanjang Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021.


Katanya, setakat ini kerajaan negeri juga telah memperuntukkan hampir RM100,000 menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi pembiayaan kursus perniagaan dalam talian kepada mereka yang berkenaan.


"Kita tahu pendapatan menerusi perniagaan secara dalam talian sama ada membabitkan perniagaan pakaian mahupun kosmetik dan sebagainya mampu memberi pulangan lumayan selain membantu sekiranya golongan belia berdepan kekangan untuk membuka kedai secara fizikal," katanya.




Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 05:27 PM | Show all posts
Bukan sahaja di sarambi, di mana mana sahaja semua warga ah seng
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla & paki kat sskjp. Iols tau keturunan sapa
Kemain lagi, org melayu bukan sskjp pun tak dibagi beli hartanah kt sana..ni siap warga asing dh buka kedai sikit2 kat sana..mungkin ni balasan tuhan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 05:48 PM | Show all posts
kat klang pon apa kurangnya...satu masa dl kata nak ttp kedai2 pendatang semua tp senyap terus...jgnkan bangla paki, rohinya pon glak berniaga tanpa kekangangan. mls nak komen, buka diaorg nak amik peduli pon
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
X sangka bangla n paki mendonia di sskjp. Org luar negeri malaysian born nk beli tanah sskjp buat perniagaan pon xlepas
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Saiya suka Msia..sini banyak bodoh worang..saiya suka mau buat apa..sumer bole-abangla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 31-3-2022 05:39 PM
Bangla & paki kat sskjp. Iols tau keturunan sapa
Kemain lagi, org melayu bukan sskjp pun tak di ...

negeri yang tak benarkan orang luar beli hartanah biasanya paling miskin kan? kelantan sabah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 31-3-2022 05:39 PM
Bangla & paki kat sskjp. Iols tau keturunan sapa
Kemain lagi, org melayu bukan sskjp pun tak di ...

Knp lobai buat camtu? Zmn nabi puak muhajirin diterima baik puak ansar...ni lobai ikut ajaran mana? Sdgkan kt negeri2 lain ramai jer sskjp beli rumah tanah...xde sekatan pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 31-3-2022 10:21 PM
Saiya suka Msia..sini banyak bodoh worang..saiya suka mau buat apa..sumer bole-abangla

Worang msia tara 3 jarum cucuk kalu tara buleh masuk kedai.....bangla rohingya 1 jarum pun  tara cucuk time pkp suma  buleh bukak kedai.....banya2 terima kaseyyy abam black kejjeiii tolong sama tone kaler


..from bangla with luv
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
adek manissssss
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 31-3-2022 11:26 PM
Knp lobai buat camtu? Zmn nabi puak muhajirin diterima baik puak ansar...ni lobai ikut ajaran mana ...

Entah la sis.
Even pompuan luar kawin sskjp tp tak duk sana, jgn harap la dpt letak nama bini. Anak dr pasangan luar pun tak silap iols kna lahir sana, baru blh letak nama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_white at 31-3-2022 04:54 PM

Masa banjir besar kt klntn kedai runcit warga asing ni xkena hanyut banjir ke
Hanyut kn la kedai2 dorg tu
Ehh jap
Bkn ke org klntn suka berniaga
Xkn la org klntn sewa kn kedai kt warga asing
Mana2 ada je puak ni
Harap org kelantan tak beli kt kedai dorg
Aku mmg xbeli la
Kedai acheh  pun aku xmasuk beli
Dtg sini sekor2 terus dpt nyawa
Pastu berlagak nk sailang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kelantan je? rse mcm 1malaysia kot wargeasing dimana2 meniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kan bumi Allah. Lagipun yang berniaga tu orang Islam jugak. Yang penting agama dulu kan,bangsa dan warganegara kemudian.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:56 AM | Show all posts
anony-mous replied at 31-3-2022 10:04 AM
X sangka bangla n paki mendonia di sskjp. Org luar negeri malaysian born nk beli tanah sskjp buat pe ...


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs kt serambi tu lambat skit..tgk je sekitar selangor ni dah...dah tu kalo local nak bukak mcm2 pikadaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 1-4-2022 07:47 AM

X tau apa nk jd kt mesia ni..cer kita suka suki bkk kedai runcit kat indon sana..mau derang bwk buluh runcing gertak kita..siap package balik taik lg gamaknya.kat sini pon klu org derang bkk kedai mkn kt  kedai video game pon derang panggil kwn2 mkn kedai dia..x bg mkn kedai melayu..derang pulak yg sakit ati dgn kedai mkn melayu..kedai melayu bayar sewa..ko kt kedai game tu free je..sng2 leh jual ayam penyet.kdg2 cina ni pon bg muka je..main sauk je sape2 nk niaga..dulu2 kt kaw construction ada jgk kedai mkn melayu yg bg mkn warga asing ni..sejak 20 tahun lps tgk indon je monopoli!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:16 AM | Show all posts
ekonomi bangla yg konker,hutan habis kena tarah,tanah tergadai kat komunih PRC.melayu melopong..ni semua salah DAPig kata lebai!


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan meleis manala gatal g kawin dgn bangla paki. Seronokla tu geng ni belanja gelang duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Seluruh negara dah puak2 ni konker. Dah tak hairan dah. Jgn kata yg berkahwin dgn warga meleis je mampu buat gini. Yg tak kahwin pun mampu yach. Dkt kg ai yg hulu tu pun ramai je mampu buka restoran bagai. Peniaga local lak yg tumpang deols @ duduk tepi jln je cari rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 107233 Replies : 4384
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 36632 Replies : 134
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 75991 Replies : 4266
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 112890 Replies : 7609
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 49424 Replies : 429
Deepavali vs Halloween di pusat beli belah.Netizen terbelah dua
YgBenarDeepavali vs Halloween di pusat beli bel
Views : 29457 Replies : 24
If you don't want to live beside b40, no worries. B40 will come to you:Netizen terkesima Mat Rempit 'menjajah' kawasan perumahan Elmina
YgBenarIf you don't want to live beside b40
Views : 79093 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 106626 Replies : 1734
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 29800 Replies : 545
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 76220 Replies : 724

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list