View: 1270|Reply: 8
|
'Jin ada di mana-mana' - Maya Karin
[Copy link]
|
|
'Jin ada di mana-mana' - Maya Karin
MAYA Karin
Kuala Lumpur: "Kenapa orang selalu anggap kalau di luar bandar mesti ada hantu? Mungkin di sini (Kuala Lumpur) pun ada hantu, mana kita tahu? Hanya kerana ada lampu di sana sini tak bermaksud tiada jin-jin di sini," kata Maya Karin, 43, pelakon filem seram berjudul Telaga Suriram arahan Osman Ali yang menjalani penggambaran di Perlis.
Maya berkata, dia lucu kenapa orang selalu menganggap jika ada pokok besar, mesti ada makhluk halus di situ dan perkara itu tidak betul.
"Saya memang tiada masalah gangguan sepanjang penggambaran di kawasan hutan di Perlis. Penggambaran di sana amat menyeronokkan dan hebat. Saya dapat bersama dengan Nabila Huda serta barisan pelakon handalan lain," katanya.
Maya berkata, dia juga teruja kerana pelakon Indonesia, Fauzi Baadila juga akan menyertai mereka selepas ini.
"Saya dah jumpa dia dan tahu 'vibe', tenaga dan kebolehannya dalam lakonan," katanya.
Maya berkata, penggambaran filem itu sudah diadakan sebanyak 40 peratus dan mereka akan berehat sepanjang Ramadan nanti.
Dalam perkembangan lain, Maya kini menunggu tayangan filem terbaharunya, Abang Long Fadil 3 yang sudah tiga tahun terperap akibat pandemik Covid-19.
"Datuk Yusof Haslam belum mahu nak tayangkan filem ini kerana industri filem belum stabil sepenuhnya. Filem ini ada jenama yang kuat. Saya amat berharap dapat ditayangkan tahun ini, namun saya hanya pelakon dan tak dapat buat apa-apa keputusan," katanya.
Maya berkata, dia gembira kerana filem-filem lakonannya yang terdahulu mendapat tempat di hati peminat.
"Filem yang dihasilkan 15 tahun atau 10 tahun lalu, tapi masih ada peminat yang menyukainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ana-mana-maya-karin
|
|
|
|
|
|
|
|
Mitos pasal hantu:
1. Malam ja ada hantu.
2. Bulan puasa takda hantu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bangunan lama sure ada benda benda pelik hahahahahah.. anti sikit bangunan lama especially waktu mlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua hantu versi cerita melayu. kalau dgr versi cina lain pula caranya, begitu juga versi India.
sebenarnya, pemikiran kita yg mencerminkan semua tu. u r what u think of. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Lampu Tak Bermakna Tiada Jin - Maya Karin
"Kenapa orang selalu anggap kalau di luar bandar mesti ada hantu?"
Pelakon Maya Karin mengulas mengenai pandangan ramai mengenai kewujudan hantu atau jin.
"Mungkin di sini (Kuala Lumpur) pun ada hantu, mana kita tahu? Hanya kerana ada lampu di sana sini tak bermaksud tiada jin-jin di sini," kata pelakon filem seram berjudul Telaga Suriram arahan Osman Ali itu yang menjalani penggambaran di Perlis.
Maya berkata, dia lucu kenapa orang selalu menganggap jika ada pokok besar, mesti ada makhluk halus di situ dan perkara itu tidak betul.
Kredit foto: IG Maya
"Saya memang tiada masalah gangguan sepanjang penggambaran di kawasan hutan di Perlis. Penggambaran di sana amat menyeronokkan dan hebat. Saya dapat bersama dengan Nabila Huda serta barisan pelakon handalan lain," katanya.
Maya berkata, dia juga teruja kerana pelakon Indonesia, Fauzi Baadila juga akan menyertai mereka selepas ini.
"Saya dah jumpa dia dan tahu 'vibe', tenaga dan kebolehannya dalam lakonan," katanya.
Maya berkata, penggambaran filem itu sudah diadakan sebanyak 40 peratus dan mereka akan berehat sepanjang Ramadan nanti.
Dalam perkembangan lain, Maya kini menunggu tayangan filem terbaharunya, Abang Long Fadil 3 yang sudah tiga tahun terperap akibat pandemik Covid-19.
Kredit foto: IG Maya
"Datuk Yusof Haslam belum mahu nak tayangkan filem ini kerana industri filem belum stabil sepenuhnya. Filem ini ada jenama yang kuat. Saya amat berharap dapat ditayangkan tahun ini, namun saya hanya pelakon dan tak dapat buat apa-apa keputusan," katanya.
Maya berkata, dia gembira kerana filem-filem lakonannya yang terdahulu mendapat tempat di hati peminat.
"Filem yang dihasilkan 15 tahun atau 10 tahun lalu, tapi masih ada peminat yang menyukainya," katanya.
SumberL Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau manusia tu sendiri perangai mcm hantu..hantu betul tak datanglah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat UK pun hantu dah kurang. Lari ke Nusantara agaknya. Dapatlah buat content youtuber. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu jin pun takut bau tiak & BO dia kot.... hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
ye aku pun pelik bila org kata bualan puasa tak aad hantu..tapi aku pernah nampak bulan puasa ada benda putih terbang pukul 2 pagi ..smpai skrg tak tau apa benda, nak kata bangau lain sangat la...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|