CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Sarawak] Had kehadiran di rumah ibadat bukan Islam dihapuskan bermula 1 April

[Copy link]
Post time 30-3-2022 07:39 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bilangan kehadiran untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam tidak lagi dihadkan bermula 1 April depan, antara prosedur operasi standard (SOP) terbaharu dikeluarkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini.

Ia turut melibatkan upacara pengebumian, bagaimanapun penjarakan fizikal masih perlu dipatuhi memandangkan jangkitan COVID-19 masih berlaku dalam kalangan komuniti di negeri ini.

SOP terbaharu itu juga membenarkan rumah-rumah ibadat bukan Islam dan pejabat-pejabat pentadbiran mereka dibuka semula, begitu juga dengan penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan.

UNIFOR berkata SOP itu juga diguna pakai untuk Festival Qing Ming di tanah perkuburan, kolumbarium dan dewan peringatan, bagaimanapun pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan.

Selain itu pengunjung dinasihati membasuh dan mensanitasi tangan lebih kerap serta mengelak kontak fizikal sepanjang berada di premis berkenaan.

Pengunjung ke premis-premis berkenaan juga mesti mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku tetamu kecuali di tapak perkuburan.

Mereka yang bergejala pula tidak dibenarkan memasuki premis-premis atau rumah ibadat bukan Islam.

SOP berkenaan menetapkan pengurusan rumah ibadat diwajibkan melakukan pembersihan dan pembasmian kuman lebih kerap selain memastikan sistem pengudaraan yang baik.

Bagaimanapun tegasnya, upacara pengebumian bagi kes positif COVID-19 tertakluk kepada SOP dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


utusanborneo.com.my/2022/03/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list