CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Sarawak] Lima jam padam kebakaran 10 rumah

[Copy link]
Post time 30-3-2022 07:38 AM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Sepuluh rumah teres satu tingkat di Jalan Awang Dulla, Tanjung Kidurong di sini musnah dalam kebakaran sekitar jam 11.23 malam Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya mengalami kesukaran semasa menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran disebabkan struktur rumah jenis kekal itu tidak mempunyai dinding penghadang api menyebab api terus merebak melalui siling atas rumah.

Setelah kira-kira lima jam bertungkus-lumus, api akhirnya berjaya dipadam dengan bantuan Bomba Pelabuhan Bintulu pada jam 4.40 awal pagi tadi.

Insiden berkenaan tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.


Kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah teres setingkat di Jalan Awang Dulla di Tanjung Kidurong pada malam Isnin.

Lapan rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi musnah 50 peratus.

Seramai 19 anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung kejadian bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah teres terbabit terutama di bahagian tengah kediaman," ujarnya.

Siasatan awal yang dijalankan jelas beliau mendapati kebakaran dipercayai bermula dari rumah bahagian tengah sebelum merebak ke rumah lain.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuninya masih dalam siasatan.


utusanborneo.com.my/2022/03/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.107246 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list