View: 1381|Reply: 7
|
Misteri Ribuan Ikan Terdampar Di Pantai Melaka, Apa Yang Terjadi Sebenarnya?
[Copy link]
|
|
Fenomena ribuan ikan yang mati terdampar bukanlah satu perkara baharu.
Sebaliknya ia pernah dilaporkan berlaku di beberapa negara sebelum ini.
Terbaharu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka sedang menjalankan siasatan berhubung ribuan ikan mati terdampar di Sungai Tuang, Masjid Tanah.
Pengarahnya, Rosli Osman berkata, setakat ini pihaknya sedang menyiasat sekiranya berlaku tumpahan minyak di sekitar kawasan kejadian.
"Berdasarkan siasatan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan serta Jabatan Laut Malaysia semalam (Ahad) kita tidak mengesan sebarang tumpahan minyak," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Mengulas lanjut Rosli turut menolak dakwaan tumpahan belerang atau sulfur monoksida yang berlaku sebelum ini akan menjejaskan hidupan laut.
Jelas beliau, berdasarkan lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS) sekiranya berlaku tumpahan belerang, keadaan itu tidak akan membahayakan hidupan laut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon yang dihubungi berkata, pihaknya akan memberi maklum balas selepas selesai siasatan dijalankan.
"egawai sudah membuat siasatan dan mengambil sampel ikan, kenyataan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya.
Media pada Ahad melaporkan tumpahan sulfur monoksida yang berlaku di sebuah industri berdekatan Pantai Sungai Tuang berkemungkinan didakwa menjadi punca kepada ribuan ikan mati terdampar. - CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura dilanggar todak tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/03/28/dead-fish-found-on-melaka-beach-most-likely-dumped-by-fishermen-says-cm
Kalau ikut artikel ni nelayan yang buang..
Tapi kalau ikut google sbb temperature raise..
fish kills in the summer result from low concentrations of dissolved oxygen in the water. So on warm summer nights during algal blooms, the dissolved-oxygen concentration sometimes drops too low for the fish, and a die-off can occur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua bangkai yang halal dimakan iaitu ikan di laut dan belalang, tapi belalang kau lah makan aku tak nak! |
|
|
|
|
|
|
|
ikut regulation skrg dah tak gunakan term MSDS
skrg safety data sheet (SDS) sajer |
|
|
|
|
|
|
|
KUMPUL BYK2 BWK MAI KL JUAI...LAKU KERAS |
|
|
|
|
|
|
|
tandanya covid-19 mau jadi sejarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masih elok mungkin ada yang nak tapi kalau dah membusuk satu hal pula nak kena bersihkan kawasan pantai |
|
|
|
|
|
|
| |
|