CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

[Sabah] Jalan Pangalat Tenom Ditutup Akibat Jambatan Runtuh – JKR Sabah

[Copy link]
Post time 27-3-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU, 27 Mac : Berlaku kejadian jambatan runtuh di KM0.264, Jalan Pengalat Tenom pagi ini menyebabkan jalan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memberitahu jambatan itu runtuh akibat hakisan tanah di kawasan tersebut dan penutupan jalan serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilakukan.

“Status jalan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh di Jalan Keningau-Kimanis Banjaran Crocker malam tadi yang mengakibatkan gelongsoran tanah dan serpihan batu ke jalan raya.

Kenyataan itu menyatakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau membantu membersihkan kawasan terlibat menggunakan pencedok, cangkul dan semburan air bagi mengalihkan tanah serta serpihan batu.

“Ia bagi memastikan jalan raya tidak licin dan selamat untuk dilalui, tiada mangsa terlibat. Operasi tamat pada 10.25 malam,” menurut kenyataan itu hari ini. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/03/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057905 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list