CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan akan anjur pelbagai aktiviti fokus pembangunan bakat belia

[Copy link]
Post time 27-3-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode


Roland bersama tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan bersama para peserta.

SERIAN: Kerajaan akan mengadakan pelbagai aktiviti yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dalam kalangan belia di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, aktiviti itu termasuk yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) sebagai badan induk pertubuhan belia di Sarawak.

“Kita mahu tampilkan aktiviti yang boleh menarik penyertaan belia sekali gus dapat membangunkan bakat serta kemahiran mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Pentas Akhir Pertandingan Tarian Tradisional (Asli) 2022 anjuran SABERKAS Cawangan N.20 Tarat di Dewan Borneo Empurau Farm & Resort Serian di sini, semalam.

Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, aktiviti yang bakal dilaksanakan itu tidak harus terhad kepada bidang muzik, seni dan sukan sahaja.

Sebaliknya katanya, ia boleh merangkumi pertanian moden supaya golongan belia dapat mempersiapkan diri untuk menceburi bidang pertanian.

“Kita mahu melihat anak muda kita mampu melakukan sesuatu yang membina pada masa lapang.

“Misalnya di SABERKAS Cawangan Tarat, kita mahu membantu belia memanfaatkan masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat.

“Seperti melalui pertandingan tarian ini, kita menyasarkan untuk memberi mereka peluang bergiat aktif dan pada masa sama mencungkil serta mengembangkan bakat baharu,” ujarnya.

Malahan katanya, kandungan video daripada pertandingan itu akan dimuat naik ke laman YouTube DUN N.21 Tarat bagi membolehkan ia ditonton oleh masyarakat lain di seluruh dunia.

“Ini bukan sahaja untuk menunjukkan kepelbagaian budaya di Sarawak, tetapi juga mempamerkan bakat anak-anak muda kita.  

“Kita harap mereka boleh berkembang menjadi artis dan diupah membuat persembahan dalam sesuatu acara nanti," katanya sambil menambah, pertandingan itu mungkin akan diteruskan pada tahun hadapan jika mendapat sambutan yang baik.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu menyaksikan penyertaan kumpulan tarian daripada Kampung Chupak, Kampung Siga, Kampung Mundai, Kampung Tabuan Rabak, Kampung Tanah Putih, Kampung Simpok, Kampung Panchor Dayak dan SMK Tun Abdul Razak (TAR).

Sebelum ke peringkat akhir, video persembahan tarian daripada kumpulan terbabit telah dimuat naik ke laman Facebook sejak 1 Mac lalu.

Kumpulan tarian dari Kampung Tanah Putih dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta trofi, manakala tempat kedua dimenangi olehKampung Simpok sekali gus meraih hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi.  

Selain itu, video mereka juga mendapat anugerah paling popular.

Pemenang tempat ketiga ialah Kampung Tabuan Rabak dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi.  

Kumpulan tarian daripada SMK TAR, Chupak, Panchor Dayak, Siga dan Mundai pula masing-masing memenangi hadiah sagu hati RM500 dan sebuah hamper.

Mundai dan Siga juga merupakan pemenang video terbaik bersama Simpok.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek, Residen Serian Tuah Suni, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng dan Setiausaha Majlis Daerah Serian Constantine Jonas Noeb.


utusanborneo.com.my/2022/03/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050576 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list