CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 26/03/2022

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-3-2022 07:38 AM





Kanak-kanak 12 tahun antara kes kematian di SarawakKUCHING: Kanak-Kanak 12 tahun dari Miri antara empat kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata kes kematian pada 20 Mac 2022 itu melibatkan kanak-kanak perempuan dan tiada mempunyai sejarah penyakit yang diketahui.

Sementara itu kes kematian pada 23 Mac 2022 melibatkan lelaki berusia 82 tahun dari Sri Aman yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Pada 24 Mac dua kematian direkodkan iaitu di Kuching dan Limbang yang masing-masing melibatkan lelaki berusia 67 dan 81 tahun dan kedua-duanya mempunyai penyakit komorbid.  

Jawatankuasa berkata pada hari ini Sarawak merekodkan 960 kes baharu dengan 951 daripadanya adalah kategori satu dan dua manakala sembilan kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS berkata ia dengan itu sekali gus menyaksikan kes kumulatif di Sarawak meningkat kepada 294,799 kes.

Katanya, Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 325 kes diikuti Bintulu (104) dan Miri (102).

Di Sibu pula sebanyak 84 kes direkodkan, Samarahan (61), Serian (46), Bau (31), Sri Aman (24), Sarikei dan Mukah (17), Betong (15), Pusa dan Subis (12) dan Lundu (11).

Sementara Marudi dan Tebedu (9), Simunjan dan Daro (8), Limbang, Lubok Antu dan Pakan (6), Dalat, Asajaya dan Tatau (5), Lawas, Kanowit dan Telang Usan (4), Meradong (3), Saratok, Beluru dan Kabong (2) dan Tanjung Manis, Kapit, Belaga dan Sebauh masing-masing (1).

Bagaimanapun empat daerah iaitu Selangau, Julau, Song dan Bukit Mabong tiada merekodkan kes baharu.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 10 notis kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesemua notis kompaun berkenaan dikeluarkan di Kuching dan semuanya atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan itu polis Sarawak sehingga kini telah mengeluarkan 13,714 notis kompaun di seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2022/03/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2022 03:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050434 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list