CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Perlis] Kayuhan pacu ria AKM Perlis tarik 800 peserta

[Copy link]
Post time 27-3-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

TUANKU Syed Faizuddin berkenan menyertai program Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis. Turut sama, Mohd Zuki. FOTO Bernama

Kangar: Seramai 800 peserta mengambil bahagian pada kayuhan Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis, semalam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan pacu ria itu dan turut menyertai kayuhan sejauh 25 kilometer bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra serta melibatkan laluan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang turut menyertai kayuhan tersebut berkata beliau kagum dan teruja melawat Kampung Seberang Ramai.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat melihat kampung yang boleh dijadikan contoh kepada kampung lain, ia juga dapat memperkasakan komuniti dengan memberikan peluang kepada orang kampung untuk membina kehidupan sendiri dengan bantuan daripada kerajaan Perlis," katanya yang ditemui pemberita di kampung berkenaan.

Mohd Zuki berkata, beliau kagum melihat Raja Muda Perlis berkenan mencemar duli menyantuni rakyat bagi menghayati dan memahami permasalahan mereka.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya mengamalkan aktiviti atau budaya gaya hidup yang sihat di samping melakukan tugas yang diberikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062064 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list