CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 7

'Kylie Jenner Malaysia' tak taasub glamor

[Copy link]
Post time 27-3-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
'Kylie Jenner Malaysia' tak taasub glamor


Ameera enggan menggunakan populariti yang dikecapi bagi meraih peluang tampil di hadapan TV sebagai pelakon, pengacara mahupun penyanyi. Foto IG Little Miss Khan

KUALA LUMPUR: Gaya, pesona, personaliti dan segala tindak-tanduknya sering menjadi bualan dan kontroversi.

Biarpun pemengaruh media sosial, Nur Ameera Khan, 21, bukan seorang selebriti, namun, populariti yang diraih mampu mengetepikan nama-nama popular dalam industri seni.

Sikap Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan yang lantang bersuara juga sering mengheretnya dalam dunia sensasi. Tidak hairanlah, adik kepada selebriti popular, Neelofa ini memiliki 1.5 juta pengikut dan menjadi antara pemengaruh media sosial 'hot' dan popular.

Mendapat jolokan nama 'The Next Kardashians' kerana gaya hidup dikatakan persis ahli keluarga selebriti terkemuka Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner, namun, Ameera hanya menempa populariti dalam ruangan maya sahaja sejak berusia belasan tahun.

Bukan hanya Ameera, malah, adik beradik Neelofa lain seperti Noor Nabila, Nur Athira dan Nur Athisha turut menerima tempias populariti, sering diperhatikan golongan netizen.

Hingga kini, biarpun popularitinya meledak, Ameera hanya selesa berlegar di ruangan maya.

Prinsipnya, gadis kacukan Melayu, Pakistan dan Arab itu enggan menggunakan populariti yang dikecapi bagi meraih peluang tampil di hadapan kaca televisyen (TV) sebagai pelakon, pengacara mahupun penyanyi.

Ameera berkata, dia pernah menerima tawaran lakonan, namun tidak berminat menceburi bidang seni.

"Saya pernah menerima tawaran berlakon dan mengacara, hanya menyanyi belum ada. Namun, saya tidak berminat menceburi bidang seni.

"Saya lebih suka fokus kepada kerjaya sebagai model dan ahli perniagaan. Tiada langsung keinginan mahu berlakon atau mengacara, itu bukanlah kerjaya yang ada dalam jiwa saya.


Ameera memberi fokus kepada kerjaya sebagai model dan perniagaan yang diusahakannya. Foto IG Little Miss Khan

"Sangat jelas apa yang saya mahukan. Namun, mungkin saya akan mengendalikan program sendiri bagi memberi inspirasi kepada generasi muda pada masa akan datang," katanya kepada BH Online.

Tambah Ameera, dia sentiasa gemar berkongsi mengenai perkara positif yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya. Ia secara tidak langsung perkongsiannya boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

"Saya mahu berkongsi mengenai gaya hidup, dalam masa yang sama memberi inspirasi. Saya percaya orang ramai suka lihat perkara yang berbeza.

"Jujurnya, saya berbeza jika dibandingkan dengan Neelofa. Saya memberikan sesuatu berbeza daripada yang lain.

"Saya mahu berkongsi perkara positif, tak kisah ada yang mengikuti saya atau sebaliknya dalam laman Instagram (IG).

"Saya suka menerapkan perkara positif dalam gaya hidup. Contohnya, apa yang dilakukan pada waktu pagi sehingga terlena.

"Tidak salah, saya berkongsi gaya hidup yang diamalkan, bukan dibuat-buat untuk kandungan laman sosial," katanya.

Mengulas adakah populariti memberikan kesan negatif, Ameera berkata, dia sudah mula lali dengan dunia glamor dan tidak mahu terlalu terbawa-bawa dengan nikmat hanya sementara itu.

"Saya mula aktif dalam laman sosial, sejak kecil lagi. Mungkin ia memberi kesan pada usia yang masih muda dahulu.

"Namun, ia tidak langsung berbekas di hati pada masa sekarang. Sebab, saya menggunakan populariti untuk melakukan banyak perkara yang baik.

"Sebenarnya, saya selalu membayangkan berada di tempat yang saya berada sekarang. Saya selalu mahu berada di sini.

"Jadi, saya bekerja keras untuk memiliki apa yang diperoleh hari ini. Diam tak diam, sudah enam tahun saya berada industri fesyen," katanya.

Gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula aktif dalam IG ketika berusia 12 tahun, kemudiannya perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia peragaan pada usia 16 tahun.

Berkongsi mengenai penampilan yang sering menjadi perbualan di laman sembang, Ameera berkata, ia tidak memberi kesan negatif, malah, bukanlah sesuatu yang berat dalam memikul tanggungjawab sebagai ikon fesyen.

"Saya tak pernah rasa terbeban. Ini kerana dunia fesyen adalah perkara yang seronok dilakukan.

"Jujurnya, inilah perkara yang saya ingin buat. Setiap orang memiliki gaya dan penampilan, saya pula hanya mahu menjadi sendiri.

"Saya bersyukur pengikut menerima apa sahaja yang dimuat naik dalam media sosial. Ia membuatkan saya mahu berkongsi lebih banyak perkara.

"Namun, saya akui, ia boleh menjadi bebanan sekiranya ada netizen yang tidak boleh menerima. Namun, saya melihat perkara ini sebagai motivasi," katanya.

Katanya, dia suka bersikap telus dalam apa sahaja yang dimuat naik dalam laman sosial. Apa yang dikongsi dalam media sosial bukanlah pembohongan.

"Namun, dalam masa sama, saya juga berjaga-jaga dengan apa yang dikongsi. Ada perkara yang perlu dikongsi," katanya.

Mengulas kenyataan dalam di IG Story yang menyatakannya mahu berkahwin, tahun ini, Ameera berkata, ia hanyalah gurauan kepada soalan diajukan pengikutnya.

"Saya hanya main-main sahaja. Saya pun tidak tahu bila akan berkahwin, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Jika ada, adalah... Jika belum sampai seru, tidak mengapa. Saya pun bukannya terkejar-kejar mencari jodoh.

"Sekarang, saya hanya mahu fokus pada diri saya dan kerjaya. Itu perkara paling penting dalam hidup saya sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ameera yang juga wajah The Little Mermaid Disney dan Naelofar teruja sekali lagi diberi kepercayaan mempromosikan koleksi berkenaan.

Ameera merasakan dirinya dekat dengan kartun The Little Mermaid kerana mempunyai persamaan.

"The Little Mermaid adalah kartun Disney kegemaran saya sejak kecil. Jadi, apabila Naelofar mahu bekerjasama dengan Disney, saya mencadangkan nama The Little Mermaid.

"Kerana Ariel adalah anak kesayangan bapanya. Jadi, saya merasakan Ariel adalah saya, memandangkan saya juga manja dengan bapa," katanya.

https://www.bharian.com.my/hibur ... a-tak-taasub-glamor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah bercakap lah dek.

Bodoh sangat bunyi nye. Bertuhankn sgt IG tu, klu kne hack boleh jadi gila la tu .
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm xcaye je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eeeeeeeeuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:53 PM | Show all posts
"perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia peragaan pada usia 16 tahun" ????

apa je yg dia peraga? model jenama apa? eh dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah repair gigi ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 10:51 AM | Show all posts
bila bygkan dia tengah jawab soalan wartawan, terus terbayang budak umur 12 tahun kena soal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkiblatkan ig dan donia glam

Tetiba 9 bulan hilang dari radar
Setiap benang ekau macik akan ungkit
Mesti dah besau kan anak ekau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.121377 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list