CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4967|Reply: 78

Mangsa Banjir Tiada Makanan. Untuk Hulur Bantuan Refer Post #11

[Copy link]
Post time 7-9-2010 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by NIXAR at 7-9-2010 10:00


KANAK-KANAK mangsa banjir dihurungi lalat di kem pelarian di Pakistan.

PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.

Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar.
Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.

Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.

Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu.
Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.

Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti.
"Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.

"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.

Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.

Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.

"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.

Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.

Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.

Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 09:24 AM | Show all posts
sedihnyaa...tk sampi hati nak tengok...
Ya Allah...Kau peliharalah kanak2 ini dr segala malapetaka...amin
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:29 AM | Show all posts
Sedihnya:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:31 AM | Show all posts
sian nya..kita kat sini sampai mbazir2 makanan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:32 AM | Show all posts
hmm tak terucap dgn kata2...Malaysia plak terlebih dan membazir makanan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by zidlan at 7-9-2010 10:01

rasa nak nangis mengenangkan anak2 ini seusia dengan anak zidlan di rumah susuk badan dan rupanya....... :cry:
semoga mereka ini bertabahlah hendaknya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2010 09:32 AM | Show all posts
Walaupun lapar, mereka tak buang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:34 AM | Show all posts
sedihnya nengok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 09:36 AM | Show all posts
ya aLLah..... byknye LaLat yG hurunG....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:36 AM | Show all posts
tingat susu anak kat ghumah...kalau le aku ada sayap, da lama aku terbang.... :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:38 AM | Show all posts
hulurkan bantuan di sini.....  

Media Prima, NSTP tubuh tabung bantuan bencana
Oleh Nadia Hamid

2010/08/20
KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) dan The New Straits Times Press (M) (NSTP) Bhd dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) melancarkan Tabung Bantuan Bencana Pakistan bagi membantu mangsa banjir di negara berkenaan.

Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar berkata, pelancaran tabung itu bagi membantu mengisi dana RM148 juta yang disasarkan bagi memenuhi keperluan mangsa banjir berkenaan. Pakistan kini mengalami kerosakan teruk akibat banjir besar itu dan mereka memerlukan bantuan daripada negara lain. Kita tidak tentukan jumlah tabungan yang bakal dikumpul tetapi kita berharap supaya sumbangan rakyat Malaysia dapat mengisi tabung itu. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu menghulurkan sumbangan supaya bantuan segera dapat dihantar ke Pakistan, katanya ketika melancarkan tabung itu di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Khalid Masood dan wakil UNICEF ke Malaysia, Hans Olsen.

Sementara itu, Khalid berkata, penduduk di Pakistan memerlukan bantuan keperluan seperti makanan, minuman dan selimut dengan segera berbanding keperluan lain.

Sehingga kini, bantuan kewangan yang dikumpul daripada negara lain sudah mencecah AS$17 juta (RM53.04 juta) dan bantuan keperluan harian lebih diutamakan. Soal penempatan semula dan penstrukturan bangunan akan dibincangkan kemudian, katanya.
Sehubungan itu, orang ramai boleh menderma melalui akaun 514271339000 atas nama Tabung Bantuan Bencana Pakistan, Malayan Banking Bhd bermula hari ini.

Bencana yang mengakibatkan 20 juta mangsa serta kemusnahan besar rumah dan kematian 1,600 penduduk di Pakistan itu dikatakan semakin buruk apabila terus melanda empat wilayah terbesar negara itu membabitkan Khyber, Pakhtunkhwa, Kashmir, Balochistan dan Sindh, baru-baru ini.

Malah, sehingga kini berdasarkan laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Perhubungan Kemanusiaan (OCHA), lebih 700 sekolah mengalami kerosakan dengan 89 kemudahan kesihatan rosak dan 52 lagi mengalami kemusnahan teruk.

Banjir itu turut membabitkan 6 juta kanak-kanak dengan 2.7 juta daripadanya memerlukan bantuan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:39 AM | Show all posts
Ya Allah Ya Tuhan ku....kau lindungilah anak2 itu...rasa macam nak ambik2 je anak2 tu nak bagi makan n nak peluk2 macam anak2 sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:39 AM | Show all posts
dah jadi mcm ni pun masih lagi puak2 Taliban Pakistan nak masuk campur x bagi negara Kristian mcm Amrika bagi bantuan dan makanan. siap bagi ugutan bunuh. dasar pengganas bahlol. semoga taliban2 tu masuk neraka jahannam. :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:46 AM | Show all posts
dah jadi mcm ni pun masih lagi puak2 Taliban Pakistan nak masuk campur x bagi negara Kristian mcm Am ...
NIXAR Post at 7-9-2010 09:39

kdg2 aku pkir org bkn islam lebih mulia dr org islam sendiri.... tgkla mcm bill gates... ape depa buat dgn kekayaan depa.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:47 AM | Show all posts
ya aLLah..... byknye LaLat yG hurunG....
Nicole Post at 7-9-2010 09:36

truk la dpt penyakit mcm2.... sian sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:47 AM | Show all posts
Reply 13# NIXAR


minta tolong mod untuk hilitekan thread ni untuk kita memberi sumbangan pada mereka di bulan yang mulia ini.
semoga ALLAH merahmati usaha kita yang kecil ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 09:52 AM | Show all posts
hulurkan bantuan di sini.....
zidlan Post at 7-9-2010 09:38


sesama le kite ringankan bebanan dorang kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:53 AM | Show all posts

MERCY Malaysia Lancar Tabung Bantuan Pakistan



KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) melancarkan Tabung Bantuan Pakistan untuk mangsa banjir terburuk pernah melanda Pakistan sejak dua minggu lepas.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata tabung itu akan membantu MERCY menyediakan bantuan ke arah membina semula perkhidmatan penjagaan kesihatan di kawasan yang teruk dilanda banjir.

"Selain menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa banjir, kami berharap untuk terus menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terbabit selepas banjir surut, terutama di peringkat pemulihan," katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan untuk tabung itu boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau akaun CIMB di nombor 1424-000-6561053.

Beliau berkata dengan kerjasama Persatuan Perubatan Antarabangsa Pakistan (PIMA), MERCY telah menubuhkan dua klinik di daerah Nowshera dan Charsadda bagi memenuhi keperluan lebih 3,000 mangsa banjir tersebut.

Masing-masing klinik itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang doktor warga tempatan dan tiga kakitangan perubatan.

"Satu lagi pasukan MERCY Malaysia akan dihantar ke Pakistan pada 12 Ogos untuk berkhidmat di klinik berkenaan dan mempromosi serta membekalkan peralatan penjagaan kebersihan diri kepada mangsa banjir memandangkan mereka terdedah kepada penyakit seperti cirit-birit.

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:55 AM | Show all posts
kdg2 aku pkir org bkn islam lebih mulia dr org islam sendiri.... tgkla mcm bill gates... ape depa  ...
dino Post at 7-9-2010 09:46 AM


bukan pikir lagi mmg betul pun dino. Bill Gates bagi berbillion sumbangan. baru2 ni dia dgn Warren Buffet lancarkan satu pertubuhan tarik jutawan2 lain join sama dlm projek kebajikan depa. jutawan2 Islam dok sebuk kumpul kereta dgn betina.

dok kutuk2 negara kapir dgn dakyah Yahudi dan Nasroni la tapi sudahnnya negar2 ni jugak dok bagi bantuan. ni la saja kemampuan org2 Islam zaman ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply  NIXAR


minta tolong mod untuk hilitekan thread ni untuk kita memberi sumbangan pada mere ...
zidlan Post at 7-9-2010 09:47 AM


bagus cadangan tu. nanti aku edit suh depa refer posting hang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179435 Replies : 4068
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7377 Replies : 82
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22291 Replies : 128
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73353 Replies : 2952
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3804 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.250213 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list