CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 5

Dah Tak Nak Bermusuh, Roslan Shah Minta Maaf Kepada Ifa Raziah -"Sedar Mati Bila-Bila Masa Je"

[Copy link]
Post time 25-3-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Lima tahun berseteru dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah, pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah, 52, mendedahkan dia mahu memohon maaf secara terbuka dengan pelakon tersebut bagi meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka.


Menurut Roslan yang mesra disapa Cik Lan, memandangkan usia sudah semakin lanjut dia banyak bermuhasabah diri lantaran sedar bila-bila masa sahaja nyawa yang dipinjam akan ditarik semula oleh-Nya selain mengaku tidak menyimpan dendam dengan mana-mana pihak.




Foto: IG




“Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam. Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja mati itu akan tiba. Sakit yang dialami baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.


“Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan saya . Juga kepada Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya.


Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota.




  



Selain itu, kata Roslan, dia juga tidak melihat tindakannya ini mencerminkan sebuah kekalahan atau kesalahan kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia.


Kata Roslan, satu daripada tujuan utama dia mahu meminta maaf dan memaafkan semua pihak kerana mahu menjalani kehidupan yang tenang dalam meniti sisa-sisa usia kini.


“Saya tak rasa malu untuk mohon maaf. Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah. Biarlah orang fikir kalau minta maaf bermakna memang kita salah, tak mengapalah. Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang.


“Saya pun nak mati dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam. Semua yang kita ada sekarang, baik harta atau populariti itu tak akan kemana, kita semua akan mati jua dan bertemu di alam sana.




  



“Kita kalau buat salah dengan ibu bapa pun akan minta maaf, ini kan pula dengan sesama insan lain. Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.


Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi.


Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak.


“Terus-terang, sepanjang kami tak bertegur sapa ini, ada ketika saya pun terkenang akan persahabatan erat kami dahulu. Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali. Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama.




  



“Saya juga ingat kebaikan dia. Masa arwah ibu saya meninggal dunia pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya. Dari situ saya semakin menghormati dia kerana walaupun tahu kita bermusuh, tapi dia tetap ingat akan arwah ibu saya.


“Begitu juga semasa arwah ibunya meninggal dunia dulu. Saya juga ada bersamanya dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah di Kedah,”katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 03:52 PM | Show all posts
...dan boleh lah start kurangkan memondan dan picit anak ikan sana sini ye Cik Lan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gittewwww zantan pondan sangkak buat statement mtk maaf & memaafkn..dh boleh geng dgn zuraidah bibir badron
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Power jugak IG cik Lan ni sampai 72k
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
korang nak minta maap ke
nak minta napkah ke
nak minta penampo ke

kisah pulak
drama and  gimik tak habis2 korang berdua

why borther
why borther
why borther
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf saja tak boleh ke? Ni nak ulas itu ini sana sini lagi. Nampak sangat tak cerdik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056105 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list