View: 947|Reply: 4
|
Kalau Semua Sibuk Mengecam, Yang Buat Silap Tak Akan Berubah - Shahir
[Copy link]
|
|
Menyedari kekecohan yang timbul dalam industri seni tanah air sejak akhir-akhir ini, penyanyi Shahir menyeru orang ramai agar memainkan peranan masing-masing.
Kata pemilik nama lengkap, Ahmad Shahir Zawawi itu, budaya mengecam tanpa usul periksa patut dihindari masyarakat demi kehidupan aman bersama.
Kredit foto: IG Shahir
“Saya rasa apa jua bentuk yang kita lihat seperti yang digambarkan itu mungkin satu ujian.
“Kita cuba ambil dari sudut yang positif. Kalau seseorang berkelakuan sebegitu, barangkali dia ada masalah sendiri yang kita tak tahu pun.
“Kadang-kadang, kita yang melihat ini pun diuji juga sama ada kita mengecam semata-mata atau kita bantu mereka untuk berubah,” kata Shahir, 34, kepada Kosmo! Online semalam.
Sehubungan itu, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu berharap orang ramai tidak hanya pandai mengecam namun pada masa sama, belajar untuk memaafkan dan sama-sama perbetulkan apa yang salah.
“Mungkin ada kelemahan cara dari segi cara mengendalikan media sosial dan kita sebagai saudara seislam sepatutnya saling menasihati.
“Jadi, kita cuba maafkan dan insya-Allah, kita perbetulkan sama-sama. Kita tengok silap orang lain tapi tak tengok silap diri sendiri. Bagi saya, kalau semua sibuk mengecam akhirnya, orang yang buat silap akan kekal begitu,” ujar Shahir.
Shahir diminta memberi pandangan tentang kontroversi berlaku dalam industri yang sepertinya berlaku bersahut-sahutan sejak kebelakangan ini termasuklah isu seperti ‘Kak Long 7E’ dan rakan seperjuangan, Zul Ariffin yang menggelegak dengan sensasi video ‘panas’.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti samada 'mereka ini' berumur 11 tahun,kurang kasih sayang dan tengah khayal semasa mereka 'melakukannya'. |
|
|
|
|
|
|
|
Mslhnya sedara, bile xkecam Makin menjadi2..even DH kene kecam pun, menjadi2 jugak..JD baiklah dikecam saje..lgpun sape srh jadikan diri sndr sbg subjek tuk dikecam?? Akal anda dimana? Dilututkah? Atau Di kepala hotak berjambul 2 urat?..puihh gittew.. |
|
|
|
|
|
|
|
hosting program keagamaan pun sibuk rambut nak gerbang sana sini.... gigi besi dah bersepat tahi tu dah bukak ke? selekeh yaamat... #donekecam |
|
|
|
|
|
|
|
tiberrrr.. ntah apa yg ko bg kt industri nie yg membolehkn ko bckp..
x kuasa btl.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|