CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3110|Reply: 23

Peminat Nak Ernie Zakri Kurus, Dapat Bentuk Badan Sebelum Kahwin

[Copy link]
Post time 23-3-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode
"Nak lihat kak Ninie (Ernie Zakri) kurus macam AJL 32 dulu. Mampu tak? Comel sangat."


Itu antara komen diterima penyanyi Ernie Zakri daripada peminat yang berharap dia dapat memiliki kembali bentuk tubuh lama iaitu sebelum berkahwin.


Ernie, 30, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, ketika itu dia gembira kerana kurus, namun mengakui tidak menjaga soal pemakanan dan gaya hidup sihat.




Foto: IG




"Sejujurnya saya rindu bentuk badan masa dulu. Umur 25, 26 tahun memang gembira sangat sebab kurus. Tapi, makan dan minum tak menentu. Senang cerita, bukan gaya hidup sihat. Jauhlah nak makan suku, separuh tu.


"Berat masa tu 45 kilogram (kg). Pada saya, pakai apa pun masa tu nampak cantik sebab memang kurus sangat. Apabila tengok balik masa tu terutama AJL ketika menyanyikan lagu Aku Cinta, saya cakap dalam hati 'eh macam badan budak budak'.


"Nampak tak sihat. Sebab kita saja tahu apa kita 'consume' masa tu kan. Masuk saja umur 27, 28, dan 29 tahun berat badan terus 49 kg. Saya sudah mula bersenam masa tu. Saya sangat gembira dan sihat, alhamdulillah," katanya.




  



Dalam masa sama, Ernie yang baru muncul dengan single Korban berkata, ketika hamil anak sulung beratnya naik.


Malah, Ernie yang sedang dalam proses berpantang selepas melahirkan anak pada 22 Februari lalu mensasarkan berat 50 kg.




  



"Sewaktu mengandung tentu saja berat badan naik. Saya tak bimbang sebab perkara ini normal untuk semua orang. Sekarang, nak mula balik kehidupan sihat itu. Nak turunkan berat badan pun kena perlahan lahan. Tak nak 'rushing' macam dulu. Asalkan sihat, alhamdulillah.


"Moga Allah SWT permudahkan perjalanan saya ini. Dapat 50kg pun okay dah, Insya-Allah. Jadi doakanlah perjalanan saya ini. Nak bersenam kena tunggu lama sikit. Jadi, saya menjaga pemakanan saja sekarang ini," katanya.


  



Ernie berkahwin dengan penyanyi Syamel pada 26 Mac tahun lalu dan dikurniakan anak perempuan diberi nama Nur Khawla Soleha. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 04:16 PM | Show all posts
alaa comel je dia berisi pon. takde laa mok sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi jgnla dok komen bdn2 org branak ni. Snsitif tau. Ko tgk datin almy tu dlu sekeping papan je... Skang dh sbesar benua. Tp ernie ptt krus kalau utk stamina dia nyanyi. Tkt cpt pancit. Acik dh la minat suara dia drpd suara aina abdul tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kagum cemana la badan mat saleh elok je lepas sebulan kempis dan sama mcm dia blm beranak. Perut depa kempis balik dan takde pecah atau gelebeh.
Ada sorang influencer ni iols follow kat ig hampir setiap hari dia ada post video reel dia drpd awal ngandung sampai beranak.Perut dia nampak muncet masa dlm tempoh 2 minggu pertama tu je tu pun makin kempis hari ke hari tau2 dah 2 bulan ni elok je leper perut tu. Dia mana ada pantang2 or berbengkung pun.elok je balik sepital wat video tiktok/reel bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 05:31 PM | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2022 05:12 PM
Iols kagum cemana la badan mat saleh elok je lepas sebulan kempis dan sama mcm dia blm beranak. Peru ...

Apa username ig tu.. biasa ikut body kut.. cm iols pun pantang x pantang sgt, jamu pun mkn kjp je.. air sejuk minum, mkan pun bedal je ayam goreng, kena rajin bf kut bagi bakar kalori, jadi pas habis pantang da kurus cm blum ngandung
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
piep replied at 23-3-2022 05:31 PM
Apa username ig tu.. biasa ikut body kut.. cm iols pun pantang x pantang sgt, jamu pun mkn kjp je. ...

Jasminechiswell.Body dia mmg jenis kecik comel seksi sebelum ngandung tu. Dia bawak imej ala2 marilyn monroe.
Elok dh slim mcm biasa skrg ni, dia plak selalu pkai baju nampak perut so mmg leh nampak la perut tu dah mengempis.
Mengempis tanpa ada kulit melebeh huhu.
Berpantang ni peraturan ciptaan manusia tak wajib pun nak ikut.
Terpulang pada korang la janji ibu happy dan semakin sihat.
Rasa nk ikut amalan berpantang tu ikutlah tanak pun takde masalah badan sendiri kn pandai2 lah nak jaga ikut cara mana pun.
Sbb kalau ibu happy, susu pun meriah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2022 06:16 PM
Jasminechiswell.Body dia mmg jenis kecik comel seksi sebelum ngandung tu. Dia bawak imej ala2 mari ...

Eh sama laa aku pon ada terfollow jasmine tu..hihi..mmg seronok tengok dia dari preggy sampai lepas bersalin..
Kebetulan aku pon dalam pantang masa follow dia haritu..masa kes kobid tgh tinggi ..takde pakai cl ke apa sbb takut nak close contact dgn sapa2..pantang bodo2 je..syukur alhamdulillah helok je daku skang dah mula keje pun takde masalah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 23-3-2022 06:39 PM
Eh sama laa aku pon ada terfollow jasmine tu..hihi..mmg seronok tengok dia dari preggy sampai lepa ...

Kan.. yg kelako tu due date dia patutnya new year tu tapi overdue kan. Hari2 la dia duk nunggu bila nak beranak.
Asal buka ig nampak video dia laah tak beranak2 lagi hahahah
Tak silap baby dia dh terberak dlm rahim kan, pastu kena tahan nicu gak.
Tp iols kagum dia konsisten je weh hari2 update content walaupun beranak kecik. Sempat gak pakai mekap bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi: Iols kagum cemana la badan mat ...


Cuba tgk apa dia mkn & dia pegi gym x? Kdg2 diaorang x tnjuk.

Btw, ada 1 web interview Kate Middleton, dia akui actually after beranak tu dia sgt penat, sakit n letih tp terpaksa tnjuk kuat utk media masa tu. So actually berpantang mmg diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa ikut badan dan habit pemakanan. I jenis lepas bersalin sebulan balik pd normal weight, walaupun tak ada diet. Perut yg mengandung hanya kendur sebulan dua je and then back to normal. Strech marks pun tak ada. Memang dah biasa tak boleh makan banyak, agaknya  perut kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila menyusu baby, dengan bekerja dan buat kerja housework dan urus anak2, susah nak put on weight.
Bagi I, elok le ibu lepas bersalin badan sedap2 berisi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah puas beranak pinak baru fikir nak kurus. Kalau baru sorang anak dah desperate nak kurus hingga tanak tetekkan anak.. Well that's bad.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:19 AM | Show all posts
teringat stacy lepas beranak bdan tak gemok pun tp suara jadi garau.
aku rasa suara dia mmg dah sedia garau sejak anak dara pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 10:23 AM | Show all posts
lepas beranak ni perut menggeleber lepastu peha pun macam makin besar
struggle betul nak kecik kan peha dan tegangkan perut balik mcm masa anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel apa skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 10:37 AM | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2022 06:16 PM
Jasminechiswell.Body dia mmg jenis kecik comel seksi sebelum ngandung tu. Dia bawak imej ala2 mari ...

few time terserempak ig sheolls kat feed, wow dah beranak rupanya dia. haah la perut kempis gila. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah bukan bini kau ke badan kau ke, yang sibuk nak cakap macam tu dah kenapa… pandai2 la ernie nak lose weight ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 04:30 PM | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2022 06:16 PM
Jasminechiswell.Body dia mmg jenis kecik comel seksi sebelum ngandung tu. Dia bawak imej ala2 mari ...

owhh iya, dulu selalu  kuar fyp tiktok, cepatnya ank da besar gitu ye.. body dia mmg slim kan, pregnant pun x naik mana
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 04:33 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 24-3-2022 10:23 AM
lepas beranak ni perut menggeleber lepastu peha pun macam makin besar
struggle betul nak kecik kan p ...

ni caranya kena exercise jgk.. kalau perut kempis pun x tgang tmbh lepas brsalin tu, walupon da kurus
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 04:34 PM | Show all posts
piep replied at 24-3-2022 04:33 PM
ni caranya kena exercise jgk.. kalau perut kempis pun x tgang tmbh lepas brsalin tu, walupon da ku ...

nak try bengkung mamasa la mana tahu boleh ramping hehehe


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.135680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list