CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Sabah] Lori terbabas masuk gaung, pemandu parah

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode


KALABAKAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas lori yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di KM54 Jalan Kalabakan-Sapulut, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa berumur 34 tahun tersepit di dalam lorinya dan mengalami kecederaan di bahagian paha.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum dihantar ke Hospital Tawau menggunakan kenderaan Ambulan.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba, terdapat sebuah lori jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter, manakala pemandunya sudah dihantar ke Hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Difahamkan mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan mengalami kecederaan di bahagaian paha,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat untuk pengguna jalan raya yang lain sebelum operasi ditamatkan jam 6.42 petang.

oleh
Hamzah Sanudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074233 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list