CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sabah] Syarikat korporat, agensi kerajaan jayakan kempen ‘Sayangi Lautan Kita’

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode


SEMPORNA: Kira-kira 80 orang menjayakan kempen ‘Sayangi Lautan Kita’ yang dijalankan di dasar laut dan darat Pulau Sibuan, di sini baru-baru ini.

Program itu adalah kerjasama syarikat korporat bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Semporna.

Pengerusi Starz Dive, Roma Roger berkata program ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan oleh syarikat swasta dan agensi kerajaan di daerah ini.

“Kolaboratif antara swasta dan kerajaan sangat diperlukan bagi memastikan daerah ini bersih terutamanya di kawasan laut dan pulau.

“Laut dan pulau di daerah Semporna adalah tumpuan pelancong di seluruh dunia dan sudah pasti ia perlu sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya.




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Land, Mejar (B) Biyazid Reduan berkata program CSR seperti ini perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pulau di Semporna menjadi pilihan utama pelancong dunia.

“Saya harap kempen ini dapat menarik perhatian semua pihak tidak kira swasta mahupun kerajaan dalam membudayakan kebersihan di dasar dan daratan pulau peranginan.

“Kita harus menyokong usaha kerajaan dan kementerian pelancongan dalam menjaga kebersihan laut yang menjadi tarikan orang luar datang ke negeri ini,” katanya.

Katanya, program CSR sebegini akan diteruskan di kawasan pulau yang lain pada masa akan datang supaya ekosistem dasar laut sentiasa terjaga.

“Saya yakin dengan usaha sebegini, kita dapat menyumbang sesuatu untuk negeri dan negara kita terutamanya dalam sektor pelancongan,” katanya.

Turut hadir, Inspektor Hasdiyanti Kasdi, Penolong Pegawai Penguasa JPJ Semporna Juman trapuli dan syarikat Semporna Smart Tours.
oleh
Hamzah Sanudin
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059568 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list