CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Dunia] Krisis Rusia-Ukraine: David Beckham serah akaun Instagram kepada doktor Ukraine

[Copy link]
Post time 22-3-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 22-3-2022 02:28 PM


BeKAS bintang bola sepak, David Beckham pada Ahad menyerahkan akaun Instagramnya kepada seorang doktor di Ukraine, dalam usaha untuk memaparkan pengorbanan petugas perubatan yang menjaga pesakit di tengah-tengah pencerobohan Rusia.

Tindakan bekas kapten bola sepak England, yang merupakan Duta Muhibah UNICEF sejak 2005 itu, membolehkan Dr Iryna, ketua Pusat Perinatal Serantau di Kharkiv, berkongsi situasi semasa dengan 71.6 juta pengikut akaun berkenaan.

Dalam usaha yang turut mendapat kerjasama UNICEF itu, Dr Iryna, yang hanya dikenali dengan nama pertamanya, menyiarkan klip dan imej dari kemudahan di bandar kedua terbesar di Ukraine menerusi IG Story dan mendedahkan bagaimana perang telah menjejaskan peranan dan kerja pasukannya.


Iryna berkata dia kini bekerja 24 jam sehari, sambil menambah pasukannya "mungkin terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri kerana bekerja semasa konflik".

"Pada hari pertama perang, semua wanita hamil dan ibu dipindahkan ke ruang bawah tanah. Ia adalah tiga jam yang mengerikan.
"Malangnya, kami tidak boleh membawa bayi yang berada dalam unit rawatan rapi (ICU) ke ruang bawah tanah kerana mereka bergantung pada peralatan," tulisnya pada gambar seorang bayi baru lahir di ICU.

Beckham telah melancarkan rayuan kecemasan melalui 7 Fund For UNICEF untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas di negara yang dilanda perang itu.
Bapa kepada empat anak itu menggesa pengikutnya untuk menderma kepada UNICEF, bagi membantu menyediakan keluarga terjejas akses kepada air bersih dan makanan, memastikan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak diteruskan, dan menilai situasi pelarian di negara jiran.

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-dunia/krisis-rusia-ukraine-david-beckham-serah-akaun-instagram-kepada-doktor-ukraine-352931%3famp=1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list