CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sabah] 15 Pakej Pan Borneo masih ikut jadual

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sebanyak 15 pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan di negeri ini masih mengikut jadual yang dirancangkan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kesemua 15 pakej kerja berkenaan dijangka siap secara berperingkat.

Katanya, ia bermula dengan empat pakej kerja yang dijadualkan siap tahun ini iaitu Pakej WP05, WP15, WP21, dan WP27.

"Pakej WP05 membabitkan naik taraf jalan dari Donggongon Penampang ke Simpang Jalan Papar Spur (89.8 peratus) dan Pakej WP15 naik taraf Jalan Tawau-Semporna (Tawau-Sandakan) kepada dua hala (19.7 peratus).

"Pakej WP21 iaitu membina Jalan Lahad Datu Bypass (80.2 peratus), serta Pakej WP27 naik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Mile 32 (80.7 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr. Aliakbar Gulasan (ADUN Dilantik) mengenai status perkembangan jadual pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Bung berkata, daripada 15 Pakej Pan Borneo yang sedang berjalan, terdapat beberapa pakej yang mengalami kelewatan disebabkan oleh masalah-masalah di tapak seperti pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti.

Dalam pada itu, kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memantau secara berterusan jalan yang terlibat dengan Projek Pan Borneo terutama dalam memastikan pihak kontraktor mengurangkan tahap kerosakan jalan yang terlibat.

Katanya, Kementerian Kerja Raya bersama JKR Sabah amat mengambil berat mengenai kualiti Projek Lebuhraya Pan Borneo apabila ia siap kelak.

"Pemantauan secara berkala dilakukan oleh pasukan penyeliaan setiap minggu bagi memastikan pelan yang digariskan dipatuhi sepenuhnya. Selain itu, Tempoh Memperbaiki Kecacatan (DLP) bagi setiap pakej Pan Borneo ini ditetapkan selama dua tahun.

"Justeru, Kontraktor Pakej Kerja perlu memastikan kualiti kerja dibuat adalah baik supaya pihak kontraktor tidak perlu menanggung sendiri kos pembaikan yang tinggi dalam tempoh DLP," jelasnya.

oleh
Siti Aisyah Narudin

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.169162 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list