Setiap seorang daripada kita seboleh-bolehnya mahu menjaga keselamatan pasangan kita terutamanya dari perkara-perkara yang boleh menyakiti mereka.
Sebagai seorang manusia, jika kita melihat seseorang yang memerlukan pertolongan sudah pastinya kita akan membantu mereka sehabis daya kita.
Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini, apabila seorang lelaki 'tiba-tiba' menghulurkan tangan kepada isterinya yang kelihatan bersusah-payah mahu berjalan di sungai tepi sungai.
Video pasangan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai farisazri itu menunjukkan seorang wanita mengandung yang ingin berjalan keluar dari sungai dan tiba-tiba muncul seorang lelaki ingin membantunya.
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya suami wanita itu sedang duduk di atas batu di sungai tersebut. Lebih menghiburkan hati, suami wanita itu sudah bersedia memegang sebiji batu ditangannya untuk melempar kepada lelaki berkenaan ibarat memberi amaran untu tidak menyentuh isterinya.
Sumber: Tiktok Faris Azri
Meninjau ke ruangan komen, nampaknya video tersebut telah membuatkan ramai netizen terhibur. Kini video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 4.5 juta penonton. - CARI
|