CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Kedah] Empat maut, seorang rentung nahas babit dua kenderaan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi Isnin.

PENDANG - Empat individu maut dengan salah seorang daripadanya rentung dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihak bomba menerima panggilan melalui sistem MERS 999 pada jam 2.22 pagi mengenai kebakaran kereta akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, anggota daripada balai berhampiran diarahkan segera ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan sebuah kereta Nissan Almera yang terbakar 90 peratus.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi dan terdapat seorang mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, mangsa pertama iaitu pemandu Proton Wira berjaya dikeluarkan pada jam jam 4.07 pagi dan disusuli mangsa kedua pada jam 4.28 pagi.

"Mangsa ketiga berjaya dikeluarkan pada jam 5.43 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sayani menambah, berdasarkan penilaian awal, mangsa yang rentung dipercayai lelaki, namun identitinya belum dapat dikenal pasti setakat ini.

"Tiga mangsa maut di dalam Proton Wira terdiri daripada dua lelaki berusia 26 dan 49 tahun, manakala seorang lagi adalah wanita berusia 52 tahun. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.05 pagi," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... babit-dua-kenderaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.344668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list