Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana, 25, teruja menerima kehadiran anggota baharu dalam keluarganya.
Memetik laporan Mstar, ibu tiri Riena selamat melahirkan bayi perempuan Selasa lalu.
Bagaimanapun, menurut pemilik nama sebenar Qamariana Diana Zulreal, ibunya belum berkesempatan melihat bayi berkenaan kerana disahkan positif virus Covid-19.
"Alhamdulillah, adik perempuan saya selamat dilahirkan dua hari lalu tapi ibu tak sempat tengok lagi sebab positif Covid-19.
"Jadi, saya tolong ayah untuk ambil baby di hospital dan bawa pulang ke rumah. Adik diuruskan oleh ayah dan mertuanya.
"Saya pula tolong belikan barang-barang keperluan bayi yang masih belum lengkap lagi," katanya.
Riena terlebih dahulu berkongsi berita gembira itu menerusi IG Story ketika dalam perjalanan untuk mengambil adiknya, Fateema di hospital.
Anak seni yang menempa nama menerusi drama Kampung People itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila mempunyai seorang adik baharu.
"Mungkin sebab sebelum ini saya membesar dengan adik lelaki. Beza usia pun tiga tahun sahaja. Kami banyak hidup sendiri sebab berlainan jantina.
"Apabila ada anggota baharu dalam keluarga, ia membuatkan saya teruja. Saya tak sangka pada usia 25 tahun saya masih dapat adik," katanya.
Tahniah Riena! Mesti seronok main dengan adik kecil kan? - CARI
|