Selepas dikecam hebat dan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E nekad mengurangkan aktiviti di media sosial.
Kak Long 7E tampil menafikan semua tuduhan itu dan menjelaskan dia menjadi sasaran netizen yang masih tidak berpuas hati dengannya menerusi hantaran Facebooknya.
Kredit foto - Facebook Wan Noor Baizura
Meninjau ruang komen, rata-rata netizen menganggap tindakannya itu sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.
Terdahulu, Kak Long 7E memuat naik video dirinya berkelakuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) yang dianggap sebagai mengejek golongan berkenaan apabila dilihat berjalan dengan gaya tempang dan melakukan mimik muka yang mempersendakan golongan berkenaan.
Video yang berdurasi 30 saat itu bukan sahaja meraih ribuan penonton, malah turut dihujani dengan pelbagai komen yang mengecam tindakannya.
Boleh percaya ke nak kurangkan aktiviti media sosial? - CARI |