CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 1

Terhidu Bau Busuk, Pemuda Ternampak Kelibat Hitam Di Sebalik Langsir

[Copy link]
Post time 17-3-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode


Seorang pemuda, Khairy Ariffin yang berusia 25 tahun berkongsi perkara mistik yang sudah seminggu mengganggu kehidupan ketika berada di rumahnya sendiri.


Memetik laporan Mstar, dia terpaksa menghidu bau busuk yang entah dari mana hingga menyebabkan dia tidak selesa apatah lagi bau berkenaan bertambah kuat menjelang tengah malam.


Awalnya, Khairy cuba mencari punca bau busuk berkenaan di sekitar rumahnya namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan termasuklah bangkai haiwan.






Setiap kali masuk ke bilik tidur, pemuda berkenaan pasti terhidu bau bangkai dan bau itu datangnya dari arah yang sama iaitu dari tingkap bilik.


Kata Khairy, dia percaya kejadian pelik itu ada kaitan dengan penampakkan misteri kelibat hitam kelihatan samar-samar di balik langsir tingkap.


"Ada satu malam dalam jam 3 pagi, saya hendak tidur tetapi ke bilik air terlebih dahulu. Masuk saja dalam tandas, bulu rom terus meremang.


"Apabila saya pandang ke arah tingkap bilik air, seperti ada yang mengintai. Saya beranikan diri pun renung dan kelibat itu terus menghilang," katanya.




Tidak berpuas hati, Khairy kemudian cuba memeriksa sekitar rumah tetapi tidak melihat apa-apa tanda kehadiran makhluk berkenaan.


Bagaimanapun, ketika dia masuk ke dalam rumah, dia dapat rasakan ada sesuatu yang menyentuh bahunya. Walaupun hampir tidak dapat menggerakkan tubuhnya, dia menguatkan semangat untuk meneruskan langkah kaki hingga berada di dalam rumah.


Sudah beberapa kali mendapatkan bantuan ustaz bagi menyelesaikan masalah itu, bau busuk berkenaan bagaimanapun sehingga ke hari ini masih diekori oleh bau busuk berkenaan. - CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 02:04 PM | Show all posts
seeloknya ... pergilah berubat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062927 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list