CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mohon semakan tarif air

[Copy link]
Post time 17-3-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan memohon semakan tarif air di negeri itu dalam usaha untuk meningkatkan dana bagi pelaksanaan projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa, berkata permohonan itu akan dibuat tahun ini dan ia dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) namun keputusannya tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

"Semakan tarif air terakhir di Pulau Pinang dilaksanakan pada 2015 dan PBAPP telah memohon semakan tarif air pada 2019.

"Bagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan kenyataan pada 2020 dan 2021 bahawa Kerajaan Persekutuan telah menangguhkan semua kajian semula tarif air berikutan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ketika ini purata tarif air domestik Pulau Pinang untuk 35,000 liter pertama ialah RM0.32 setiap 1,000 liter dan ia adalah yang terendah di Malaysia.

Jaseni berkata, PBAPP tidak mencari keuntungan yang lebih tinggi, sebaliknya dana tambahan yang diperoleh akan dilaburkan semula terutamanya ke dalam projek RWCP 2030 PBAPP.

Katanya, rasional utama untuk Cadangan Semakan Tarif Air Pulau Pinang 2022 adalah Pulau Pinang tidak dapat menampung peningkatan permintaan air tanpa projek RWCP 2030.

"Lima projek di bawah RWCP 2030, yang dijadualkan siap dalam tempoh 2022 hingga 2028 adalah Fasa 2 bagi Naik taraf Tangki Pemendapan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Pakej 12A LRA Sungai Dua, tambahan modul rawatan air baharu, Fasa 1 LRA Empangan Mengkuang, Fasa 1 LRA Sungai Muda dan Skim Bekalan Air Sungai Perai," katanya.

Beliau berkata, objektif utama projek itu adalah untuk memastikan kecukupan air di Pulau Pinang ketika negeri ini meneruskan perjalanannya ke arah pemulihan sosioekonomi pasca pandemik.

"Tarif air sedia ada yang tidak mampan mengakibatkan RM97.3 juta dalam subsidi domestik pada 2021. Penggunaan air Pulau Pinang telah diunjurkan mencecah 1,532 juta liter sehari (JLH) menjelang 2030 dan 2,178 JLH menjelang 2050, berdasarkan kajian kejuruteraan bekalan air bebas yang disiapkan pada 2021," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052918 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list