CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6989|Reply: 68

Ogy Ahmad Daud Kata Kru Produksi Tak Tahu Buat Kerja, Ramai Juga Kata Susah Bekerja Dengannya

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Kecewa dengan komen sinis orang yang tidak percaya dengan bakatnya, primadona Fauziah Ahmad Daud tampil membuktikan keupayaannya sebagai pengarah menerusi sebuah filem pendek berjudul Asrar.


Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 60, juga mengambil kesempatan itu untuk menepis persepsi segelintir pihak yang mendakwa sukar untuk bekerja dengannya.


Foto: IG




“Selama saya dalam bidang ini, saya rasa kecewa dengan budaya kerja pihak belakang tabir yang tidak betul.


“Mereka tidak faham skop sebenar dan tanggungjawab kerja selain tiada daya pemikiran kritis untuk melakukan sesuatu kerja dengan cepat.


“Selama ini orang juga tidak percaya saya boleh menjadi pengarah dan ada mulut-mulut yang katakan susah bekerja dengan saya sehingga orang lain tidak mahu memberi kerjasama dengan saya,” katanya kepada mStar.




  



Ogy ditemui ketika majlis pratonton filem pendeknya itu yang berlangsung di Wisma Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada Rabu.


Sebagai seorang pengarah, Ogy berharap dia dapat memberi didikan supaya semua tenaga produksi dapat melakukan kerja seperti mana sepatutnya.




  



“Saya mahu didik mereka tentang apa sebenarnya budaya kerja yang betul.


“Cara kerja kita sekarang seperti sudah songsang. Bagaimana filem kita hendak maju?


“Saya mahu betulkan ‘urat saraf’ yang telah berserabut.


“Saya berani bersuara sebab saya pernah bekerja dengan orang hebat seperti Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin,” jelasnya.


Dalam karyanya ini, Ogy turut bekerjasama dengan tenaga produksi yang rata-rata merupakan pelajar daripada bengkel lakonan kelolaannya sekitar November tahun lalu.




  



Filem Asrar boleh ditonton menerusi pembelian khas secara atas talian di laman web rasmi Ogy Venture & Network.


Skrip filem ini ditulis oleh Slen Fadzil dan ia merupakan garapan dari cerpen terbitan DBP hasil tulisan Baharuddin Kahar berjudul Terima Kasih, Tuhanku. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 11:36 AM | Show all posts
bagaimana seorang yang cantik jelita boleh menjadi sedemikian
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nek Ogy dah habis bayar hutang?#tanyajer
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 17-3-2022 11:47 AM
3chanceno replied at 17-3-2022 11:40 AM
Nek Ogy dah habis bayar hutang?#tanyajer


Kan.... Kalau tgk Ali Setan tu, dia lagi lawa drp Liza Abdullah, of course lah heroin kan. Tapi hari ni, tengok Liza Abdullah, cantik bersiap sentiasa, walaupun berlakon cerita apa pun.

Edit,
Sorry, sorry, salah reply. Reply yg atas uols sebenarnya @dubuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 12:32 PM | Show all posts
meols adore sheols ye, lawa sungguh (dulu ye), talented, method bagus, creative...... tapi itulah kadang sheols ni macam tak move on dan masih lagi terperangkap dengan kemahsyuran dan kehebatan dunia filem zaman dulu, zaman filem tengah naik... zaman sheols primadona, itulah dia ulang-ulang ungkit-ungkit sentiasa...sampai rasa meh----
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nek ogy sekarang ni level acik2 penerokawati generasi pertama felda jah.. kalau ada mesyuarat kenduri blok heshe la jadi pengerusi mesyuarat tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2022 12:44 PM | Show all posts
che-cikL replied at 17-3-2022 11:44 AM
Kan.... Kalau tgk Ali Setan tu, dia lagi lawa drp Liza Abdullah, of course lah heroin kan. Tapi ha ...

Betul.  Dan kalau tengok daripada kehidupan, Liza jauh lebih aman dan tenang berbanding dgn dia.  Padahal dulu dia yang terpaling, tersohor.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 12:46 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-3-2022 12:32 PM
meols adore sheols ye, lawa sungguh (dulu ye), talented, method bagus, creative...... tapi itulah ka ...

She lives in the past.  Dia tak dpt terima hakikat, era dan zaman dan jauh berubah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
So dah tak menyambal sbb nak bayar utang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 17-3-2022 11:36 AM
bagaimana seorang yang cantik jelita boleh menjadi sedemikian

Dunia ini hanyalah pinjaman..

Masa sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin..... lawa sebelum kedut seribu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:04 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-3-2022 12:32 PM
meols adore sheols ye, lawa sungguh (dulu ye), talented, method bagus, creative...... tapi itulah ka ...

setuju.. kadang2 kesian tengoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:05 PM | Show all posts
Sheolls ni memang dunia dia lakonan. Dia serious dalam berkarya. Eventho sheolls ni overactingggg tapi itulah sheolls. Sepandai2 arwah Kak Yan berlakon, Kak Yan takde lah buat perangai diva macam ogy ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
org xnk kja sbb ko xbyr upah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:13 PM | Show all posts
hahahahaaha....

konon nak ajar orang cara bekerja yang betul...
hahahhahaa.... orang bekerja lepas tu tak nak bayar ker??
hahahahhahaa.... sedihhh!!!!

patutnya da duduk diam2..
exclusive gitu tapi skrg masih mengemis mintak job...
bertabah lah kak ogy yaa....

lps dapat payment tuk drama nih jangan lupa bayar hutang dulu ya..
bayar huntang itu wajib...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgojesss replied at 17-3-2022 12:40 PM
nek ogy sekarang ni level acik2 penerokawati generasi pertama felda jah.. kalau ada mesyuarat kendur ...

Mak iols penerokawati pun bersiap dgn mekap kalau ade marhaban atau kenduri kt felda iols
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
She lives in the past, true. She cannot adapt to perubahan zaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 17-3-2022 11:36 AM
bagaimana seorang yang cantik jelita boleh menjadi sedemikian

Tak tahu mana yang cantik kat ogy ni. Dari kecik smpai dah tua i ni. Masih tk dapat cari kecantikan ogy ni celah mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 17-3-2022 01:05 PM
Sheolls ni memang dunia dia lakonan. Dia serious dalam berkarya. Eventho sheolls ni overactingggg ta ...

Arwah kak yan lakonannya hidup. Betul cakap u, arwah kak yan tak hoverrr macam ogy ni
And nek OG ni selalu menekankan dia anak seniman and seniwati.
Blurrhhh  bosan kot dengar. Ramai lagi anak seniman seniwati lain tapi takde dok canang sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni dulu.Aku suka tengok urtv abang dulu2,ada dia jadi cover dengan maria arshad tak silap.Mata dia natural dark brown & time tu putih kulit ogy.Cantik bukan macam typical malay girl,macam campur caucasian
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana mulut badan binasa la kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058932 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list