CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 1

[Sarawak] Latika Andaian Sarawak 2022

[Copy link]
Post time 17-3-2022 03:30 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 16 MAC 2022 – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman telah menganjurkan Seminar, TTX dan Latihamal 'Latika Andaian Sarawak 2022' bermula pada 13 hingga 16 Mac 2022 bertempat di Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA, Kuching.

‘Latika Andaian’, yang bermaksud Latihan Ketenteraman Awam sekiranya sesuatu insiden berlaku. Latihamal fasa satu (1) telah diadakan di Sandakan Sabah pada 29 Disember 2021 dan fasa kedua (2) diadakan di Briged Sarawak PGA melibatkan jumlah keseluruhan peserta seramai 239 pegawai dan anggota merangkumi 39 pegawai untuk sesi Seminar dan TTX, serta 200 pegawai dan anggota bagi sesi Latihamal dan Dynamic Display.

Penganjuran program ini diterajui oleh YDH SAC M.V. Srikumar A/L Madhavan Nair, SAC Gerakan Jabatan KDNKA selaku Ketua Penyelaras Program merangkap fasilitator, dibantu oleh barisan fasilitator berpengalaman seperti YDH SAC Abdul Razak Bin Mohd Yusoff, Komander 69 Komando, YDH SAC Ahmad Zailani Bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) Bahagian Gerakan Jabatan KDNKA, serta urusetia dan tenaga kerja dari Jabatan KDNKA, Bukit Aman.

Tujuan penganjuran program ini adalah sebagai langkah kesiapsiagaan semua Ketua Polis Daerah, Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan elemen-elemen KDNKA di Kontinjen Sarawak, terhad kepada PDRM sahaja meliputi aspek pengurusan krisis dan keganasan dari segi teori dan juga praktikal.

Program ini turut diserikan dengan Lawatan Kerja Rasmi oleh YDH CP Dato’ Hazani Bin Ghazali, Pengarah Jabatan KDNKA, PDRM ke Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA pada 15 Mac 2022, disusuli dengan Lawatan Kerja Rasmi oleh YDH DCP Dato’ Kasuahdi Bin Haji Ali, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) PDRM dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Seminar, Table Top Exercise (TTX) & Latihamal ‘Latika Andaian Sarawak 2022’ pada 16 Mac 2022, jam 1315hrs bertempat di Dewan Pahlawan Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA.

Objektif program yang telah dirancang selama 3 hari latihan adalah bertujuan memberi input pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta seperti berikut:-

i. Dapat mengaplikasikan dan memahami mekanisma, pengurusan dan pencegahan krisis mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 18 dan 20;

ii. Dapat mengaplikasikan pengetahuan dan langkah-langkah penyelesaian secara profesional bagi menangani krisis keganasan yang lebih mencabar;

iii. Meningkatkan keyakinan dan memantapkan kemahiran, memahami motif, metodologi dan petanda keganasan oleh ekstrimis;

iv. Berjaya melaksanakan penugasan Pasukan Tindakbalas Krisis (CRT) dalam menangani sesuatu krisis dengan cekap dan profesional;

v. Dapat mengawal elemen bantuan seperti risikan, proses rundingan, pasukan menggempur dan pasukan bantuan yang lain; dan

vi. Berupaya mengendalikan Bilik Gerakan Krisis dan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Salah satu keutamaan Jabatan KDNKA adalah memantap dan memperkasakan latihan serta kursus Jabatan KDNKA yang sedia ada melalui penambahbaikan dan menganjurkan kursus atau latihan baharu yang bersesuaian dengan konsep pengoperasian pada masa kini. Justeru itu, latihamal ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengemaskan lagi kepakaran semua Ketua Polis Daerah, Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan elemen-elemen KDNKA supaya dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dan sempurna dalam situasi sebenar.

(SAINI BIN BONGKEK) SAC
Komander, Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Batu Kawa, Kuching, SARAWAK.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2022 03:31 AM | Show all posts







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071503 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list