CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Kedah] Polis tahan tiga individu, rampas dadah bernilai RM186,200

[Copy link]
Post time 16-3-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Rodzi

JITRA - Polis menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM186,200 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tok Kesop, Jalan Sungai Korok di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, operasi pada jam 1 petang itu dijalankan berdasarkan intipan dan maklumat awam berhubung kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan tersebut.

"Anggota polis berjaya menahan kesemua suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 23 hingga 30 tahun yang ketika itu didapati sedang menghisap dadah di dalam rumah sewa tersebut dan merampas dadah jenis heroin seberat 1,630 gram dan syabu seberat 1,373 gram serta wang tunai berjumlah RM343.

"Kita juga menyita sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan dua buah motosikal yang dianggar bernilai RM24,200... nilai keseluruhan rampasan dadah dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM210,400,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Rodzi berkata, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek yang merupakan kenalan dan berasal dari daerah ini turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan aktif dalam pengedaran bahan terlarang itu sejak lapan tahun lepas.
Beliau berkata, ujian air kencing pula mendapati kesemuanya positif dadah jenis methamphetamine.

Tambah Rodzi, berdasarkan siasatan suspek menjadikan rumah sewa itu sebagai tempat penagihan dan juga lokasi transit aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

Katanya, semua suspek kini direman selama enam hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... h-bernilai-RM186200
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.189510 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list