CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Nak dapat RM1 sehari pun sukar’

[Copy link]
Post time 16-3-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Pengayuh beca di Pulau Pinang mengharapkan dengan pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April nanti akan memberi sinar kepada mereka.

GEORGETOWN - Pengayuh beca di Pulau Pinang berharap semoga ada sinar baru untuk mereka bermula 1 April ini apabila pintu sempadan negara dibuka selepas ditutup lebih dua tahun susulan penularan wabak Covid-19.

Sejak negara dilanda wabak tersebut, kehidupan lebih 160 pengayuh beca di Pulau Pinang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lebih menyedihkan, ada kalangan mereka menjadikan beca sebagai ‘kediaman’ untuk berteduh dan melepaskan lelah.

Pengayuh beca di Jalan Penang, Lee Beng Joo, 48, memberitahu, sebelum ini dia mampu untuk menyewa bilik dengan sewa bulanan RM150 namun sejak penularan wabak Covid-19, pendapatannya merudum teruk.

Dengan pendapatan kira-kira RM50 sebulan, dia tidak mampu menyewa bilik.

“Sebelum Covid-19, pendapatan saya sekitar RM200 hingga RM300, kadang-kadang lebih, namun selepas pintu sempadan negara ditutup kerana Covid-19, pendapatan merudum.

"Jangankan RM10, nak dapat RM1 sehari pun sukar. Sejak Mac 2020, pendapatan saya dan beberapa rakan lain kosong,” katanya ketika ditemui di hadapan sebuah hotel di Jalan Penang di sini.

Ditanya bagaimana dia meneruskan hidup selepas terputus sumber pendapatan, Beng Joo yang berasal dari Johor mengakui terpaksa mengikat perut dengan hanya minum air paip.


“Saya tidur di beca sahaja, mandi di pasar basah di sekitar bandar ini. Kadang-kadang ada yang datang menyumbang makanan kepada pengayuh beca di sini. Jika tiada, makan apa saja,” luahnya.

Dia yang mengayuh beca sejak berbelas tahun lalu berkata, lebih merunsingkan dia dan rakan-rakannya apabila wang bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM200 sebulan belum diterima untuk tahun ini.

“Saya berharap, selepas pintu sempadan negara dibuka pada April nanti, pendapatan kami sebagai pengayuh beca akan pulih seperti biasa.

“Kebanyakan pelancong asing dari China, Taiwan dan Hong Kong gemar naik beca untuk bersiar-siar,” katanya.

Sementara itu, pengayuh beca di Jalan Kapitan Keling, Mohamad Hussin, 74, mengakui terpaksa berjimat cermat kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.


Mohamad Hussin sedang memeriksa beca yang disewanya sebagai persediaan untuk menerima pelanggan.

“Walaupun kerajaan sudah benarkan rentas negeri, pendapatan kami masih terjejas kerana hanya pelancong luar yang gemar menaiki beca. Bukan tiada langsung pelancong tempatan yang naik beca, tetapi amat kurang.

“Kami hanya bergantung kepada pelancong asing. Sebab itu, apabila kerajaan umum 1 April nanti, pintu sempadan negara akan dibuka, kami amat gembira. Sekurang-kurangnya ada cahaya untuk kami sebagai pengayuh beca,” katanya yang tidur di beca dan mandi di tandas awam.

Kata anak jati Johor itu, adakalanya dia menumpang bilik rakannya untuk berteduh kerana tidak mampu menyewa bilik.

“Dari segi makan, menu saya nasi kosong dengan telur mata sahaja. Cukuplah, janji boleh hidup. Dari segi bantuan, memang ada, tetapi untuk tahun ini, belum dapat,” katanya.

Mohamad Ibrahim Mohamad, 69, memberitahu, dia tetap menunggu pelanggan di sekitar bandar ini setiap hari dengan harapan ada yang akan menggunakan khidmatnya untuk ke pusat bandar.

“Runsing betul sepanjang dua tahun ini. Pendapatan saya terjejas teruk sejak Mac 2020. Namun selepas dibenarkan merentas negeri pada pertengahan tahun lalu, bolehlah dapat sekitar RM30 hingga RM50 sehari. “Namun, ia masih tidak mencukupi. Syukur ada bantuan dan lega apabila kerajaan umumkan 1 April ini, pintu sempadan sudah buka.

“Pelancong asing akan mula masuk ke Pulau Pinang, jadi pendapatan kami pun akan beransur pulih. Kami sudah cukup terseksa,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... M1-sehari-pun-sukar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.278619 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list