CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Kedah] Francis Light tak pernah kata dia buka Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-3-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Patung Francis Light di Pulau Pinang.

Alor Setar: Francis Light tidak pernah mengaku membuka Pulau Pinang pada 1786, sebaliknya dakwaan itu dibuat penulis British bernama AF Stuart melalui bukunya yang bertajuk 'Founder of Penang' pada 1909.

Pengkaji sejarah, Mohd Herman Roslan berkata masalah timbul apabila banyak pihak menggunakan penulisan terpesong dalam buku itu sehingga menukar naratif sejarah sebenar berkaitan Pulau Pinang.

Katanya, Light sendiri mengakui bahawa terdapat penempatan masyarakat Melayu di sekitar Pulau Jerejak melalui suratnya kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang berpangkalan di India.

"Pulau Pinang sememangnya dikuasai pembesar Kedah kerana asal pulau itu adalah di bawah naungan Kedah, namun kajian secara terperinci mengenai bagaimana orang Melayu muncul di Pulau Pinang tidak pernah dibuat.

"Bagaimanapun berdasarkan kajian ke atas surat ditulis Light kepada British India, terdapat lakaran peta awal Pulau Pinang di Indian Office Record 1730 menunjukkan wujudnya perkampungan Melayu di Pulau Jerejak.

"Malah, Light yang kerap berulang-alik antara Phuket dan Sumatera sekitar 1730-an turut menulis melihat sendiri orang Melayu sudah berada di Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara@Muzium Sempena Pameran Perang Musuh Bisik di Muzium Kota Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Herman berkata, tapak sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bayan Lepas ketika ini, pernah menjadi pelabuhan masyarakat Melayu yang berulang alik dari Pulau Jerejak ke Seberang Perai suatu masa dahulu.

Katanya, pertambahan penduduk Melayu di Pulau Pinang semakin meningkat apabila ramai rakyat Kedah melarikan diri ke Seberang Perai selepas Siam menyerang Kedah pada 1812.

"Ada dakwaan mengatakan seramai 10,000 dan ada yang kata sehingga 100,000 rakyat Kedah melarikan diri ke Seberang Perai kerana berlaku keganasan ketika Perang Kedah-Siam yang turut menyaksikan Kota Kuala Kedah dikuasai Siam.

"Peperangan itu secara tidak langsung menyebabkan pertambahan penduduk Melayu di Seberang Perai kerana mereka mencari perlindungan politik dari British yang ketika itu sudah menguasai Pulau Pinang.

"Mengikut Perjanjian British-Siam, Siam tidak boleh menyerang kawasan British, maka disebabkan itu rakyat Melayu dari Kedah mencari perlindungan di kawasan British," katanya.

Berikutan itu, beliau menegaskan bahawa dakwaan mengatakan Light yang membuka Pulau Pinang adalah suatu pandangan dangkal tanpa memahami kedudukan geopolitik dan geografi Kedah satu ketika dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.397384 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list