CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang sedia terima pelancong VTL Singapura

[Copy link]
Post time 15-3-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Nadzim (kanan) dan Soon Hin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar sempena pelancaran VTL antara Pulau Pinang dan Singapura pada Selasa.

GEORGETOWN - Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran penumpang menerusi inisiatif Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula pada Rabu.

Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Nadzim Hashim berkata, sebagai permulaan sebanyak empat penerbangan akan disediakan setiap hari menerusi inisiatif terbabit yang melibatkan penerbangan berlepas dan mendarat dari Lapangan Terbang Changi serta LTAPP.

Menurutnya, antara syarikat penerbangan yang terlibat dengan perkhidmatan itu ialah AirAsia, Malaysia Airlines, Scoot dan Singapore Airlines.

“Kita memang telah bersedia untuk menerima kehadiran penumpang menerusi inisiatif VTL termasuk dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Selain itu, kita menjangkakan menerima penambahan penumpang susulan hanya dua penerbangan antarabangsa di LTAPP sebelum VTL iaitu membabitkan penerbangan dari Singapura dan Taiwan,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran VTL antara Pulau Pinang dan Singapura pada Selasa.

Sementara itu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kerajaan negeri akan memantau rapi perkembangan program berkenaan selain yakin ia akan berjalan dengan lancar menerusi persediaan SOP yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan negeri tidak dapat menjangkakan jumlah kemasukan pelancong Singapura yang akan memasuki negeri ini melalui program terbabit namun daripada maklum balas syarikat penerbangan yang terlibat mendapati ia sangat memberangsangkan.

Pada 16 Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan inisiatif VTL berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara.

Difahamkan, sehingga 14 Februari lalu seramai 171,583 pengembara dari Singapura telah memanfaatkan inisiatif berkenaan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ncong-VTL-Singapura
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090109 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list