CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kedah] BMW hitam jadi punca...

[Copy link]
Post time 15-3-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular memaparkan kekecohan akibat salah faham antara individu dipercayai pemilik dan penarik kereta. FOTO Tular.

Sungai Petani: Kereta BMW hitam yang menjadi punca pertengkaran individu mendakwa pemilik kenderaan itu dengan ejen penarik kereta hingga tular di media sosial didapati didaftarkan atas nama orang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berikutan itu, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut dan laporan polis berhubung kejadian terbabit setakat ini diklasifikasi sebagai rujuk ke mahkamah (RKM).

Menurutnya, pada 8.57 pagi Sabtu lalu, pihaknya mengesan satu video serta beberapa gambar berhubung kejadian sekumpulan penarik kereta yang cuba mengambil sebuah BMW hitam dimuat naik seorang wanita di akaun Facebook (FB) miliknya.

"Video itu memaparkan sekumpulan penarik kereta yang diarah bank mengambil kenderaan terbabit di hadapan sebuah rumah di Bandar Perdana kerana mempunyai tunggakan.

"Bagaimanapun, situasi di lokasi kejadian bertukar tegang apabila berlaku pertengkaran membabitkan beberapa individu di percayai penarik kereta dan juga pemilik BMW terbabit hingga video kekecohan itu tular," katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kejadian yang dimuat naik serta tular berkenaan berlaku jam 1.30 tengah hari Jumaat lalu dan ketika itu bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ada menerima panggilan berhubung kes terbabit.

"Anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian dan ketika itu, kedua-dua pihak iaitu penarik serta pemilik kenderaan terbabit sedang bertengkar.

"Anggota polis cuba menenangkan semua pihak dengan meminta mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah itu sebelum semakan lanjut mendapati kereta BMW yang ingin diambil itu didaftar atas nama orang lain," katanya.

Adzli berkata, disebabkan itu, ia terpaksa dibawa ke balai polis dengan kedua-dua pihak berkenaan turut diminta membuat laporan.

"Kes diserah kepada pegawai penyiasat yang kemudian menghubungi wakil bank yang mengeluarkan surat tarik kenderaan itu bagi mengetahui status kereta berkenaan dan untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, kita mengklasifikasikan laporan kes itu sebagai RKM dengan kenderaan terbabit kini ditarik pihak bank melalui ejen mereka," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu terbabit diminta berhubung dengan polis selain dinasihati tidak menularkannya di media sosial.

"Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular berhubung kejadian terbabit dan sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Muda di talian 04-4236999," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074805 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list