CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Sabah] GRS sebagai entiti, arah kerjasama lebih utuh: Fairuz

[Copy link]
Post time 15-3-2022 08:19 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan (gambar) menyokong penuh keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini rasmi berdiri sebagai sebuah entiti.
Katanya, GRS kini akan lebih utuh dengan ‘identiti’ tersendiri yang berdiri sebagai entiti gabungan parti-parti yang bekerjasama, khas untuk rakyat Sabah, pembangunan Sabah dan kebaikan Sabah.

“Saya yakin ini adalah langkah seterusnya yang mana diterajui oleh pimpinan ayahanda kita, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“GRS kini akan lebih fokus dan kuat untuk bergerak dan bekerja kerana asas kepada GRS kini sudah berdiri dan insyaAllah, pasti akan semakin kuat hari demi hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah itu turut menegaskan bahawa hala tuju GRS adalah untuk terus memastikan segala perancangan dan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan, sekaligus memulihkan negeri Sabah daripada kemelut ekonomi rakyat.

“Dugaan yang menimpa kita bukan sedikit dan saya yakin semua pemimpin yang bernaung bersama di bawah entiti GRS akan terus menjalankan tugas dan peranan kita, dalam memulihkan semuanya, insyaAllah.

“Apa-apa pun, kita akan sentiasa berdiri di landasan utama untuk negeri Sabah, rakyat Sabah dan saya yakin semua parti komponen yang berada bersama dalam GRS akan bekerja keras untuk merealisasikan segala harapan dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat,” jelas Fairuz lagi.

Ahad lepas, Hajiji mengumumkan bahawa GRS kini adalah sebuah entiti politik yang telah menerima kelulusan dan disahkan pada 11 Mac lalu.
                              oleh Kenneddy Corlleus


      
credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.129560 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list