CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sabah] JIM Sabah tahan 117 PTI dalam Ops SAPU

[Copy link]
Post time 15-3-2022 08:04 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seramai 117 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam serbuan Operasi Patuh Bersepadu (SAPU) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membabitkan kawasan rumah setinggan di belakang Dewan Hakka Sungai Likas di sini.

Pengarah JIM Negeri Sabah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi berkenaan dijalankan bermula kira-kira jam 12.10 tengah malam dan selesai sekitar jam 2.15 pagi hari ini.

Katanya, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan dua hingga 60 tahun terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 34 wanita, 32 kanak-kanak lelaki, dan 39 kanak-kanak perempuan.

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa passport atau pas yang sah.

"Sepanjang operasi ini, seramai 124 orang menjalani pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud turut serta dalam operasi terbabit.

Beliau berkata, proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 untuk setiap tahanan bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan.

Menurutnya, ia bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan COVID-19 sebelum dihantar ke Depot Imigresen seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Objektif utama operasi ini dilaksanakan di seluruh Sabah adalah untuk membanteras PTI dan mana-mana orang yang melakukan kesalahan membabitkan Akta Imigresen 1959/63 [pindaan 2002] (Akta 155), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 [pindaan 2011], Akta Pasport 1966 (Akta 150), Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [pindaan 2015] (Akta 670).

"Siri operasi ini berdasarkan aduan orang awam yang diterima pihak JIM Sabah untuk mengesan dan membanteras PTI dan mana-mana orang termasuklah warganegara yang didapati bersubahat melakukan kesalahan-kesalahan di bawah akta-akta yang berkaitan.

"Terdapat juga makluman daripada orang awam mengenai wujudnya aktiviti transit penyeludupan rokok haram yang dibekalkan oleh PTI di kawasan persekitaran," jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyeru supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba melindungi PTI serta melaporkan dengan segera sekiranya terdapat aktiviti PTI di kawasan mereka.

Beliau berkata, JIM Sabah memberi amaran keras kepada sesiapa sahaja termasuk warga tempatan agar tidak menyewakan atau membenarkan mana-mana golongan PTI untuk tinggal di premis masing-masing.

"Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol membawa atau menempatkan manamana PTI di kawasan penempatan mereka," katanya.

Seramai 48 Pegawai Penguatkuasa JIM Sabah yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Hasanal Ag. Hashim terlibat dalam Operasi SAPU berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM Basri Othman dan Timbalan Pengarah (Operasi) JIM Sabah Masri Adul.

oleh
Siti Aisyah Narudin

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060259 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list