CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Borneo] [ informasi ] Skim Peduli Kesihatan

[Copy link]
Post time 14-3-2022 05:51 PM | Show all posts |Read mode


(KKM) amat prihatin dengan keadaan kesihatan rakyat negara apabila mendapati ramai di kalangan kita yang tidak membuat saringan kesihatan diri masing-masing walaupun ada kemudahan yang disediakan kerajaan.

Melalui data KKM, daripada lima juta rakyat Malaysia yang layak mendapat pemeriksaan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), hanya 561,000 yang telah memanfaatkan kemudahan itu.

Oleh itu, KKM bercadang memilih bulan Julai sebagai ‘bulan pemeriksaan kesihatan’ di mana petugas KKM bukan hanya menyaring individu layak di Klinik Kesihatan atau hospital, tetapi kami akan turut adakan program outreach dengan masuk ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, tengah hari tadi saya telah ke Senawang bagi menghadiri Program Khidmat Komuniti sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli persatuan dan warga KKM atas usaha ini demi memastikan rakyat setempat supaya terus cakna dengan tahap kesihatan diri masing-masing.

Tiada apa yang lebih berharga daripada kesihatan dan kesejahteraan diri kita.

-Menteri Kesihatan-



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.077890 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list