CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kedah] 5 daerah di Kedah berisiko banjir kilat ketika peralihan monsun

[Copy link]
Post time 14-3-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Lima daerah di negeri ini dikenal pasti sebagai berisiko berlaku banjir kilat dan perlu diberi tumpuan ketika fasa peralihan monsun yang dijangka bermula hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata, daerah terbabit adalah Kubang Pasu, Kulim, Baling, Kota Setar dan Kuala Muda.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fasa peralihan monsun yang menandakan tamatnya monsun timur laut itu bermula hari ini sehingga pertengahan Mei depan.

"Berdasarkan ramalan MetMalaysia berkemungkinan besar akan berlaku ribut petir serta hujan lebat terutama pada waktu petang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Awang Askandar berkata, seramai 1,500 anggota APM Kedah bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana termasuk yang menjalankan tugas ketika pandemik Covid-19 ini.

Beliau berkata, segala aset juga dalam keadaan bersiap sedia memandangkan APM sebagai sekretariat pengurusan bencana negeri dan daerah juga turut akan bekerjasama dengan agensi lain dalam menangani bencana yang berlaku.

"Lapan mukim di kawasan Lembangan Sungai Kedah iaitu di Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap dan 48 kawasan rendah di daerah itu dikenal pasti kerap berlakunya banjir kilat sekiranya hujan melebihi dua jam.

"Di Lembangan Sungai Muda pula, 49 kawasan rendah di sembilan mukim iaitu di Kuala Muda, Baling dan Kulim kerap berlakunya banjir kilat jika hujan berterusan," katanya.

Menurutnya, selain itu daerah Yan pula dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kejadian ribut dan pokok tumbang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk terutama yang tinggal berhampiran cerun bukit supaya sentiasa berhati-hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pergerakan tanah bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutama penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa peka, berwaspada dan bersiap sedia menghadapi fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh dalam kenyataan berkata, fasa itu yang dijangka bermula hari ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.254631 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list