|
View: 946|Reply: 1
|
Positif Covid-19 Boleh Susukan Anak Secara Terus, Ika Nabella Kongsi Tip
[Copy link]
|
|
|

Pelakon Ika Nabella yang juga seorang ibu dan pembimbing penyusuan bertauliah memaklumkan wanita yang menyusukan anak dan dijangkiti Covid-19 boleh memberikan susu badan secara terus kepada bayi.
Menurut wanita berusia 33 tahun itu, ramai ibu-ibu di luar sana yang masih tidak tahu mengenai perkara tersebut dan bimbang bayi mereka dijangkiti sekiranya memberi susu badan.
"Ibu yang positif Covid-19 boleh susukan anak secara terus. Paling penting pelitup muka haruslah sentiasa dipakai ketika memberikan susu.
"Ia tidak menjadi masalah dan masih ramai lagi tidak tahu mengenai perkara berkenaan.
"Susu ibu adalah sumber imunisasi terbaik untuk anak," katanya.
Ika yang berkongsinpengalamannya berkata, anaknya yang berusia dua tahun pernah menjadi kontak rapat namun belum pernah dijangkiti.
"Sebelum saya positif Covid-19, pembantu rumah terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan. Syukur, anak saya tidak dijangkiti.
"Sebab itulah saya percaya susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. Sekiranya masih mempunyai rezeki, saya ingin panjangkan tempoh penyusuan anak untuk daya tahan melawan penyakit," katanya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|