CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 6

[Sarawak] Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai terkena arus renjatan elektrik di dalam bilik air

[Copy link]
Post time 11-3-2022 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri berasal dari Sarawak maut terkena renjatan electric

Water heater kena check selalu sampai masa Kena tukar baru .

Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai terkena arus renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands pagi tadi.⁣

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air di tingkat 2, flat lima tingkat tersebut.

“Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.

“Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik sewaktu cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan letrik pada masa itu.

Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.

“Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa,” katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2022 08:39 PM | Show all posts





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 08:41 PM | Show all posts
bahaya nya ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 08:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 08:49 PM | Show all posts
WATER HEATER KENA 'CHECK' SELALU, APABILA SAMPAI MASA KENA TUKAR KEPADA BARU.

Perkongsian VIDEO penggunaan WATER HEATER kembali hangat dibuat di laman media sosial susulan daripada tragedi yang meragut nyawa baru-baru ini.

Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai terkena arus renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands pagi tadi.⁣

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air di tingkat 2, flat lima tingkat tersebut.

“Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.

“Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik sewaktu cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan letrik pada masa itu.

Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.

“Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa,” katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.

credit



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2022 09:25 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2022 09:36 PM | Show all posts
Sempat menyambut hari jadi sehari sblom kejadian ...
kesian nya ...gambar saja tinggal menjadi kenangan ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.164996 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list