CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 10:24 PM | Show all posts
farhana008 replied at 2-11-2022 06:34 AM
resepi panggang kuali daripada mak saya. saya pun jarang masak resepi ni. biasanya ikan merah lah  ...

panggangf kuali ye
sure sedap jika resepi mak mak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 10:25 PM | Show all posts
farhana008 replied at 2-11-2022 06:35 AM
kalau  rajin saya buat air asam jawa.nak lega cepat sakit tekak, saya cari difflam lozenge.

sy alhamdulillah belum pernah ada issue dgn sakit tekak
ada la kena sore throat kerana viral illness tetapi selalunya 3 4 hari sahaja dan self-limiting
ie dia hilang sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 10:32 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 1-11-2022 04:27 PM
on off

pening, loya, muntah, sakit belakang, cirit birit

dah baik kah?
kes kes covid ni makin ada pulak dah

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:28 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-12-2022 09:21 PM
eh eh, 17 kan?
hmmm naik lagi
kesian pula mereka yg passed away

Hari ni 3 jer...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:34 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:02 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-12-2022 10:32 PM
dah baik kah?
kes kes covid ni makin ada pulak dah

alhamdulillah dh baik dah
cuma blkg masih sakit2
yg ni kemungkinan besar sbb thyroid
nk kena operate buang nnt tu





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 09:20 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:50 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 6 Disember 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 48 (27 November – 3 Disember 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 6, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI  48 TAHUN 2022
(27 NOVEMBER – 3 DISEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 22.1 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-48 tahun 2022 (ME 48/2022) berbanding ME 47/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 48/2022 berbanding ME 47/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 24.6 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 23.5 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 48/2022 berbanding ME 47/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 3 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal sama, tiada perubahan.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) kekal sama, tiada perubahan (Rajah 4) pada ME 48/2022 berbanding ME 47/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 47/2022 dan ME 48/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 17.9 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 29.3 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 37.0 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menunjukkan penurunan sebanyak 44.7 peratus pada akhir ME 48/2022 berbanding ME 47/2022; iaitu dari 28,052 kepada 15,512 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 6 peratus (1,002 kes) (Rajah 6).

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 3 Disember 2022 (ME 48/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,998,830;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,939,388 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,710 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,156 kluster (kluster aktif: 58 kluster).
Perbandingan antara ME 47/2022 dan ME 48/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 48/2022 menurun sebanyak1.6 peratus (18,699 kes kepada 18,405 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 48/2022 menurun sebanyak 21.8 peratus (18,606 kes kepada 14,558 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 21.7 peratus (18,581 kes kepada 14,543 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 40.0 peratus (25 kes kepada 15 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 48/2022 meningkat sebanyak12.7 peratus (55 kes kepada 62 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 47/2022 menurun sebanyak 5.9 peratus (26,622 kes kepada 25,062 kes) (Rajah 9).



NILAI RT
Nilai RT pada ME 48/2022 adalah 0.93 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 48/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 151 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 20.5 peratus pada ME 48/2022 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 5.6 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 48/2022 (Rajah 12).


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Disember 2022 @ 11.30 pagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 05:32 PM | Show all posts

ada wak dan tengku dalam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 05:33 PM | Show all posts

itu lah plan nya nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 05:34 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-12-2022 06:34 AM
Ooo...ýg ni  4 org wakil dari Perak

kabinet mckk deme panggil
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:40 PM | Show all posts
farhana008 replied at 6-12-2022 04:32 PM
ada wak dan tengku dalam tu

Ada 5 wakil dari Perak...Menteri Pendidikan ase Perak gak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:41 PM | Show all posts

Krismas dah guna...ada 2 hari cuti ganti lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:42 PM | Show all posts

1 lagi jadi 5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 09:27 PM | Show all posts
seribulan replied at 6-12-2022 05:40 PM
Ada 5 wakil dari Perak...Menteri Pendidikan ase Perak gak

banyak juga wakil Perak dalam kabinet baru. Khaled Nordin tu kenal sbb bekas mb johor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 6-12-2022 08:27 PM
banyak juga wakil Perak dalam kabinet baru. Khaled Nordin tu kenal sbb bekas mb johor.

Bukan somi Normala Shamsuddin kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 07:47 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-12-2022 09:21 PM
eh eh, 17 kan?
hmmm naik lagi
kesian pula mereka yg passed away

Naik lagi ke 2 digit


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 07:47 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 04:21 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]PRESSKenyataan Media KPK 7 Disember 2022 Sempena Majlis Pelancaran Program Miracle Baby Di Hospital Pulau Pinang[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 7, 2022
Setiap tahun, dianggarkan seramai 5,000 orang bayi dilahirkan dengan penyakit jantung berlubang dan kongenital di Malaysia, dan kebanyakannya memerlukan rawatan pembedahan jantung yang memerlukan kepakaran yang kompleks. Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran dalam pembedahan jantung berlubang dan kongenital ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Program Miracle Baby yang dilancarkan secara rasminya di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari ini, 7 September 2022.

Program Miracle Baby ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara KKM, Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Hospital Sri Sathya Sai Sanjeevani (SSSSH), Indiabagi membolehkan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak kompleks dijalankan di HPP. Ianya merupakan idea yang diusulkan oleh Canselor UTAR, Tun Dr. Ling Liong Sik setelah mengadakan lawatan ke SSSSH pada tahun 2016, dan disusuli dengan lawatan oleh pakar kardiologi pediatrik KKM ke SSSSH di Naya Raipur pada tahun 2017.
Kerjasama strategik KKM, UTAR dan SSSSH India ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung kompleks kanak-kanak yang berkualiti dan akan diteruskan sebagai satu inisiatif bantuan kemanusiaan, keprihatinan dan kebajikan untuk para pesakit dan ibu bapa. Melalui program ini, pakar-pakar jantung di HPP akan bekerjasama dengan pasukan pembedahan dari SSSSH India untuk melakukan pembedahan jantung, manakala pihak UTAR pula bertindak untuk menyelaraskan urusan logistik dengan bantuan dan sokongan dari orang awam.

Program rintis ini telah bermula pada 28hb November 2022 dan sedang berlangsung selama dua minggu. Sehingga hari ini, seramai 12 orang pesakit termasuk tiga orang pesakit dari Sabah juga telah dihantar ke HPP untuk menjalani rawatan. Program ini dijayakan dengan pasukan Pakar Pembedahan Kardiotorasik HPP diketuai oleh Dato’ Dr. Basheer Ahamed bin Abdul Kareem, dan dibantu oleh Dr. Abu Yamin Kamis (Pakar Pembedahan Kardiotorasik), Dr. Mohamad Hanafi bin Mohd (Pakar Anestesia Jantung), dan Dr. Mohammad Tamim bin Jamil (Pakar Jantung Pediatrik). Manakala, pasukan dari SSSSH pula diketuai oleh Pakar Bedah Jantung, Dr. Krishna Manohar, dan Pakar Anestesia Kardiak Pediatrik, Dr. Subramanian Chellappan.

Sebagai makluman, sebelum ini KKM juga telah menaja pesakit-pesakit untuk menjalani rawatan pembedahan di luar negara dengan bekerjasama badan-badan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara untuk menangani masalah kekangan slot rawatan pembedahan di Malaysia. Bagi memastikan kelestarian perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak di negara ini, perbincangan lanjut di antara pakar-pakar dan pihak pengurusan KKM, SSSSH dan UTAR bersetuju untuk meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan memerlukan rawatan pembedahan jantung melalui program Miracle Baby.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kanak-kanak tempatan dan ibu bapa dengan kos minimum serta membolehkan pemindahan pengetahuan, kepakaran, kemahiran serta latihan kepada pakar-pakar dan paramedik di KKM. Aktiviti ini juga diharapkan agar dapat memangkin hasrat KKM untuk memulakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dalam skala lebih besar di Hospital Seberang Jaya yang dijangka siap lewat 2023.
Di samping itu, program ini juga membuktikan komitmen dan visi KKM untuk memperkasakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dan memastikan aktiviti latihan kepakaran bedah tempatan terutamanya melibatkan jantung kanak-kanak berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, KKM mengalu-alukan kerjasama dengan pihak UTAR dan SSSSH dalam Program Miracle Baby ini untuk jangka masa panjang dengan menjemput pakar-pakar dari SSSSH India ke Malaysia secara berkala dengan objektif berkongsi kepakaran pembedahan jantung dengan menjalankan pembedahan untuk 15 hingga 20 orang kanak-kanak bagi setiap lawatan.

Ketiga-tiga pihak KKM, UTAR dan SSSSH yakin bahawa program ini akan berjaya membantu usaha berterusan KKM untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan terutamanya dalam pembedahan jantung kanak-kanak demi kesejahteraan rakyat. KKM sentiasa memberikan tumpuan mendalam terhadap kesihatan negara dan sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan selaras dengan visi Kementerian bagi menggembleng tenaga ke arah kesihatan negara yang lebih baik.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
7 Disember 2022







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 11:23 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 5.258063 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list