CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 21-2-2023 08:31 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 04:08 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 21 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 6 (12 – 18 Februari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 21, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-7 TAHUN 2023
(12 FEBRUARI 2023 – 18 FEBRUARI 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-7 tahun 2023 (ME 7/2023) berbanding ME 6/2023 (Rajah 1);

1.2   Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut;
  • Pesakit kategori 1 dan 2, tiada perubahan, kekal pada 0.4 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 20 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
  • Katil bukan kritikal, menurun sebanyak 1.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus;dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal pada 0.2 peratus.

2.0   PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1   Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 (Rajah 3):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 9.6 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 13.2 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 39.1 peratus.

3.0   STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1   Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Februari 2023 (ME 7/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,040,821;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,994,944 kes;
  • Purata kes aktif : 8,980 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,955 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
3.2   Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 6/2023 dan ME 7/2023 (Rajah 4):
  • Bilangan kes baharu menurunsebanyak 3.0 peratus (1,542 kes kepada 1,495 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak13.9 peratus (2,071 kes kepada 1,784 kes); dan
  • Bilangan kes kematian menurunsebanyak 50.0 peratus (8 kes kepada 4 kes).

4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 7/2023 adalah 0.97 (Rajah 5).

5.0   SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 7/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 25 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 7/2023 (Rajah 6); dan
  • Tiada sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 7/2023 (Rajah 7).


6.0   NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Februari 2023 @ 1.00 petang







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 09:35 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:10 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 04:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2023 03:36 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2023 04:23 PM | Show all posts
SEBANYAK 173 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 204 kes kelmarin.

Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,188 kes.


Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 219 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,057 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam.

Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,174 kes dengan 8,845 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 317 kes atau 3.5% pesakit dirawat di hospital, lima kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan tujuh kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2023 07:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-2-2023 09:47 PM
Macam2 berita bencana dunia sekarang

ya..macam-macam bencana berlaku. semalam lombong kat china runtuh. mangsa belum jumpa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2023 07:15 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 07:17 PM | Show all posts
farhana008 replied at 26-2-2023 06:14 PM
ya..macam-macam bencana berlaku. semalam lombong kat china runtuh. mangsa belum jumpa lagi.

Hokkaido kena earthquake ke hapa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 26-2-2023 06:14 PM
ya..macam-macam bencana berlaku. semalam lombong kat china runtuh. mangsa belum jumpa lagi.


.
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 02:21 AM | Show all posts

dah bertambah kemabli dah
sy kena September ari tu
bini sy ni sedang kena ni, kena selepas kelik dari  conference dari UK ni 3 hari lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 4-12-2023 06:11 AM
ipes2 replied at 4-12-2023 01:21 AM
dah bertambah kemabli dah
sy kena September ari tu
bini sy ni sedang kena ni, kena selepas kelik d ...


Fwd kazen mesej:

Bekas pengarah farmasi KKM yg duk belakang rumah kita tu hantar msj .. Covid meningkat terutama d KL…nasihat pakai mask cuci tangan.. jangan duk dekat2…

Ps, ada sekolah 10 kes murid kena Covid...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 4-12-2023 01:21 AM
dah bertambah kemabli dah
sy kena September ari tu
bini sy ni sedang kena ni, kena selepas kelik d ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts


.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts


.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:10 AM | Show all posts
Bos kena Covid...jangkit dari bini...



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, ketika ini, terdapat 8 kluster aktif membabitkan 121 kes telah dikesan.

PETALING JAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 minggu lepas meningkat sebanyak 57.3% kepada 3,626, daripada 2,305 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, 48% kes baharu adalah dalam kalangan individu berusia antara 20 dan 40 tahun, dan 98% hanya mengalami gejala ringan.



“Kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3%.



“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam kemas kini bagi minggu berakhir 25 Nov.


Tambahnya, petugas kesihatan awam mahupun swasta telah diminta agar sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan lebih peka dengan pesakit-pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, terutama golongan berisiko tinggi.


Radzi berkata, ketika ini, terdapat lapan kluster aktif membabitkan 121 kes.


Sementara itu, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat sebanyak 2.9% bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding minggu sebelumnya.


Pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4%, dengan pengisian katil bukan kritikal Covid-19 sebanyak 0.9%, tambahnya.


Empat varian Omicron baharu turut dilaporkan, semuanya diklasifikasikan sebagai varian dibimbangi (VOC).


Radzi berkata, dua kes varian Omicron baharu, BA.2.86, telah dilaporkan melalui aktiviti saringan gejala di klinik kesihatan.


“Kedua- dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala. Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” katanya.


Sehingga kini, menurutnya, hampir 46 negara telah melaporkan kes varian BA.2.86, yang diklasifikasikan sebagai varian perlu perhatian (VOI). Tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan membabitkan varian ini, tambahnya.


https://www.freemalaysiatoday.co ... -3600-minggu-lepas/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:18 AM | Show all posts

byk ni
kene ambil ikhtiar sendiri
eg pakai mask di tempat awam, elak keluar ke tempat keramaian etc
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 7-12-2023 04:18 AM
byk ni
kene ambil ikhtiar sendiri
eg pakai mask di tempat awam, elak keluar ke tempat keramaian et ...



PETALING JAYA: Terdapat peningkatan dalam pembelian pelitup muka berikutan peningkatan baru-baru ini dalam rekod jangkitan Covid-19, menurut pengeluar produk penjagaan kesihatan.



Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Healthcare Haminuddin Hamid berkata penjualan telah meningkat "sangat banyak", sambil menambah bahawa orang ramai boleh menyimpan stok berikutan peningkatan kes Covid-19.



Beliau memberitahu FMT bahawa syarikatnya masih mampu menguruskan lonjakan permintaan dengan stok sedia ada, dan jualan ke hospital kekal normal untuk tempoh akhir tahun biasa.



"Kami sudah bercadang untuk membawa masuk bahan mentah yang mencukupi untuk memenuhi permintaan, terutamanya (untuk menghasilkan) topeng muka pembedahan dan N95 untuk kerajaan (sektor)," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan peningkatan dalam pengeluaran jika permintaan semasa untuk topeng berterusan.



Pada hari Ahad, kementerian kesihatan berkata jumlah kes baharu Covid-19 telah meningkat sebanyak 57.3% kepada 3,626 minggu lepas berbanding 2,305 yang dicatatkan minggu sebelumnya.



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata terdapat lapan kluster aktif melibatkan 121 kes, manakala kemasukan ke hospital meningkat 2.9%.



Beliau berkata keadaan terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan awam tidak tegang.



Bagaimanapun, Berita Harian memetik pakar virologi Universiti Malaya, Sazaly Abu Bakar sebagai berkata jumlah sebenar kes Covid-19 berkemungkinan lebih tinggi kerana ramai yang tidak menjalankan ujian kendiri atau melaporkan jika didapati positif.



Sazaly dilaporkan berkata jumlah sebenar kes Covid-19 boleh mencapai 5,000 hingga 10,000 seminggu dari sekarang.



Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Putrajaya mesti memerhatikan situasi Covid-19, terutamanya untuk memantau kemunculan varian baharu.



“Kerajaan juga harus memantau sebarang peningkatan dalam jumlah kemasukan dan kematian akibat Covid,” kata bekas ahli parlimen Gopeng itu.



Bagaimanapun, dengan 98% kes dilaporkan hanya mengalami simptom ringan, Lee berkata tidak ada keperluan bagi kerajaan untuk mengenakan langkah pencegahan buat masa ini.



Sebaliknya, individu berisiko tinggi perlu mengambil langkah pencegahan sendiri dengan memakai topeng dan mengamalkan kebersihan yang baik, katanya.



Lee menambah bahawa Covid-19 adalah seperti penyakit bermusim lain seperti selesema, dan akan menjadi "fenomena yang berterusan".



Beliau berkata bilangan kes akan berubah-ubah manakala peningkatan boleh membawa kepada imuniti komunal, akhirnya menurunkan jumlah itu semula.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/12/06/more-people-buying-masks-as-covid-19-cases-spike/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 6.371237 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list