CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 2-1-2023 11:33 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 02:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 2-1-2023 01:23 PM

[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 2 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 52 (25-31 Disember 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 2, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 52 TAHUN 2022
(25 DISEMBER – 31 DISEMBER 2022)
Susulan daripada Kenyataan Media Menteri Kesihatan YB Dr Zaliha Mustafa hari ini mengenai pemantauan rapi dan berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap situasi semasa COVID-19, kenyataan ini akan memberi maklumat terperinci mengenai laporan dan situasi terkini COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi 52 Tahun 2022.
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
KKM ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC)bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 18.3 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-52 tahun 2022 (ME 52/2022) berbanding ME 51/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 35.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 31.6 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 3 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 1 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4) pada ME 52/2022 berbanding ME 51/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 51/2022 dan ME 52/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 41.2 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 30.9 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 22.2 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) terus menurun sebanyak 38.8 peratus pada akhir ME 52/2022 berbanding ME 51/2022; iaitu dari 6,516 kepada 3,990 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 7 peratus (283 kes) seperti Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 31 Disember 2022 (ME 52/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,026,677;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,978,194 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,853 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,165 kluster (kluster aktif: 12 kluster).
Perbandingan antara ME 51/2022 dan ME 52/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 52/2022 menurun sebanyak24.7 peratus (7,791 kes kepada 5,869 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 52/2022 menurun sebanyak 36.1 peratus (5,894 kes kepada 3,767 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 36.5 peratus (5,880 kes kepada 3,735 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 129.6 peratus (14 kes kepada 32 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 52/2022 menurun sebanyak29.0 peratus (31 kes kepada 22 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 52/2022 menurun sebanyak 14.7 peratus (14,580 kes kepada 12,433 kes) (Rajah 9).



NILAI RT
Nilai RT pada ME 52/2022 adalah 0.79 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 52/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 45 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 6.3 peratus pada ME 52/2022 (Rajah 11);
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 52/2022 (Rajah 12); dan
  • Kadar sampel positif ILI dan SARI bagi virus Influenza meningkat (Rajah 11 dan 12).


PEMANTAUAN PESAKIT COVID-19 OLEH VIRTUAL CAC SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN ROBOCALL
KKM telah melaksanakan inisiatif pemantauan pesakit COVID-19 secara maya (Virtual CAC) bermula 25 Julai 2021 bagi penduduk di Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Daerah Seremban, Negeri Sembilan yang melibatkan pemerkasaan individu untuk memantau dan melaporkan status kesihatan masing-masing. Melalui pelaksanaan Virtual CAC, individu positif yang tidak bergejala dan bukan dalam golongan berisiko tinggi (berumur >60 tahun, mempunyai comorbidity atau wanita mengandung) tidak perlu hadir ke CAC. Mereka sebaliknya perlu membuat pemantauan kendiri dan melaporkan status kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera setiap hari. Individu juga akan menerima Home Surveilance Order (HSO) dan Release Order (RO) secara digital, tanpa perlu hadir ke CAC. Perkhidmatan Virtual CAC telah diperluaskan ke seluruh negara sejak pertengahan September 2021.
Proses ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi swasta bagi memastikan intervensi yang dilaksanakan adalah berkesan. Syarikat TIMEdotCom telah membantu dengan menyediakan perkhidmatan Automated Voice Recording (Robocall) untuk kumpulan individu yang masih belum menjawab soalan HAT dalam aplikasi MySejahtera dan kepada individu yang melaporkan Tanda Amaran (Warning Signs) secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan (CSR) yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi negara dalam bentuk pakej talian telefon, kadar panggilan lebih rendah, kadar SMS yang dikecualikan; serta bantuan ejen panggilan tambahan untuk operasi talian CPRC HOTLINE dan CAC HELPLINE Kebangsaan sejak 2020 hingga 2022.
Bagi 2023 dan ke hadapan, pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan akan diteruskan melalui kaedah berikut:
  • Pelaporan HAT dan pemantauan individu yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan, melibatkan laporan kendiri Home Assesment Tool (HAT), notifikasi peringatan untuk menjawab HAT, notifikasi individu yang melaporkan tanda amaran serta notifikasi kepada individu yang layak mendapat rawatan ubat antiviral PAXLOVID. Semua ini adalah melalui notifikasi daripada aplikasi MySejahtera.
  • Pemantauan pesakit COVID-19 secara maya akan diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan masing-masing.
  • CPRC di peringkat Negeri akan terus bertanggungjawab untuk memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.
  • Pemberian HSO dan RO secara digital diteruskan seperti biasa melalui aplikasi MySejahtera.
Oleh itu, KKM ingin mengingatkan agar semua individu terutama mereka yang disahkan positif untuk mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing bagi memastikan mekanisma pemantauan kendiri ini berfungsi dengan baik. Rajah 13 menunjukkan pecahan pesakit COVID-19 dalam pemantauan Virtual CAC.

PENULARAN PELBAGAI VARIAN DI MALAYSIA HASIL SURVELAN GENOM SARS-COV2
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98 peratus varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage). Terdapat beberapa susur galur dari Omicron yang mempunyai kepentingan kesihatan awam disebabkan kadar jangkitan yang lebih tinggi serta kadar immune escape yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, WHO di atas nasihat WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) telah mewujudkan terma ”Lineage Under Monoitoring” (LUM). Pada masa ini terdapat 5 sublineage Omicron yang telah dikelaskan sebagai LUM termasuk BA.5, BA.2.75, BA.4.6, XBB, dan BA.2.3.20. Semua jenis LUM tersebut sudah dikesan di Malaysia tetapi dalam peratusan yang berbeza.
Hasil survelan genomik SARS-CoV-2 di Malaysia terkini iaitu sepanjang Disember 2022, menunjukkan dominasi varian XBB di Malaysia, iaitu varian ini merangkumi sebanyak 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang berjaya menjalani penjujukan genom; diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus). Ini menunjukkan bahawa varian XBB masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.
Data daripada negara-negara lain yang telah mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula terutama dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh VOC Omicron sekurang-kurang 6 bulan lalu. Kejadian jangkitan semula adalah disebabkan kejadian immune escape yang lebih tinggi oleh XBB. Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya golongan yang mempunyai masalah kesihatan mengambil dos penggalak kedua supaya sistem imun dapat bersedia untuk sebarang jangkitan semula.
Berdasarkan maklumat terkini, WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) berpendapat bahawa ciri-ciri phenotype XBB tidak banyak berubah berbanding dengan sublineage Omicron yang lain sebelum ini, dari segi keperluan tindakan kesihatan awam, walaupun terdapat penambahan mutasi yang dikaitkan dengan immune escape. Langkah-langkah kesihatan awam adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini.
Walaupun varian-varian SARS-CoV-2 ini boleh menyebabkan jangkitan semula, namun belum ada data yang menunjukkan ia mengakibatkan jangkitan serius sehingga menyebabkan kemudaratan atau kematian. Ini menunjukkan pemberian vaksin telah berhasil menyediakan sistem pertahanan imun untuk sebarang jangkitan varian-varian SARS-CoV-2 dan mengelakkan kemerosotan kesihatan.
Sementara itu, di negara China pula, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara tersebut pada masa ini. Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO. Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.
Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 telah juga dikesan di Malaysia. Setakat 31 Disember, 2022 terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga (3) kes yang dijangkiti dengan BF.7. Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.
Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam. Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh WHO kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am.
SURVELAN PERSEKITARAN COVID-19 MENGGUNAKAN AIR KUMBAHAN
Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara. Objektif survelan ini bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan, memberi gambaran tren kepekatan virus SARS-CoV-2 dan mengenalpasti varian SARS-CoV-2 yang terdapat dalam komuniti serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID-19 secara amnya. Ia melibatkan sampel dari dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta lima belas lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di Malaysia.
Bagi lokasi sentinel di setiap negeri, sampel air kumbahan diambil dari loji rawatan kumbahan terpilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkenaan. Sebanyak dua (2) atau tiga (3) sampel diambil dari setiap lokasi sentinel setiap bulan mengikut keperluan. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi proses pengujian.
Bagi sampel dari PMA pula, penilaian risiko dijalankan secara berterusan bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko. Hasil penilaian ini, kesemua penerbangan dari negara yang dikenalpasti kemudiannya diteliti dengan lebih lanjut oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA. Secara amnya semua air kumbahan kapal terbang akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF) dan proses ini diselaraskan oleh pihak Airport Ground Handler.
Setelah penerbangan yang disasarkan dikenalpasti, proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh PK KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke AWDF. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian. Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu.
Bagi survelan air kumbahan dari pesawat ini, sebanyak 1 liter sampel air kumbahan diambil dari pesawat terpilih dan dihantar ke MKAK. Sampel air kumbahan yang telah dikumpul dan diterima di makmal akan dijalankan proses konsentrasi virus diikuti proses pengekstrakan RNA virus SARS-CoV-2. Seterusnya, proses amplifikasi dan pengesanan virus akan dilakukan menggunakan kaedah Realtime RT-PCR menggunakan kit khas bagi sampel air kumbahan. Bagi sampel positif dengan nilai CT ≤ 30, ujian penjujukan genom penuh akan dilakukan bagi mengesan varian, sublineage, dan mutasi bagi virus berkenaan. Keputusan ujian seterusnya dikongsikan dengan Pegawai Epidemiologi bagi analisis dan pengumpulan data terperinci untuk melihat tren sebagai survelan berterusan dan proses intervensi.
Sehingga 31 Disember 2022, MKAK telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel. Bagi 29 sampel dari PMA ini, hasil pengujian MKAK menunjukkan 28 sampel (96.5%) mempunyai kehadiran SARS-CoV-2 dengan varian Omicron dan satu (1) masih dalam proses pengujian. Daripada 28 sampel ini, lima belas (15) daripadanya iaitu 53.6% telah lengkap ujian WGS dan didapati sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75, dan BA.2.12. Manakala bagi 301 sampel lokasi sentinel, 288 (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARS-CoV-2, tiga (3) tidak dikesan manakala sepuluh (10) masih dalam proses pengujian. Daripada 288 sampel positif Omicron ini, 32 (11.1 peratus) telah lengkap ujian WGS dengan sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75 dan BA.2.12.
Seiring dengan keadaan semasa, survelan air kumbahan PMA ini akan turut melibatkan sampel dari negara China. Ini akan membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa ini.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023
KKM ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2023 kepada semua rakyat Malaysia.
KKM juga ingin menyarankan agar orang ramai sentiasa mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek). Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai.  Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.
Semoga pada tahun ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari (bagi mereka yang dikesan positif COVID-19);
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di ( https://covid-19.moh.gov.my/hotline ) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Januari 2023 @ 1.00 petang








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2023 06:18 PM | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2022 08:17 AM
alhamdulillah...take care...

selamat tahun baru kome! maaf lambat sbb berada di kampung masa tu. alhamdulillah sakit kaki berkurang. salah satu nak kurang, kena kurangkan berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:05 PM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 07:06 PM | Show all posts
farhana008 replied at 2-1-2023 05:18 PM
selamat tahun baru kome! maaf lambat sbb berada di kampung masa tu. alhamdulillah sakit kaki berku ...


Take care, stay safe


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2022 08:19 AM
Minggu sebelum kejadian siblings pi Cameron...risau...dah derang balik...Kg Raja banjiir lumpur... ...

Adik siap cancel nak ke CH selepas insiden Batang Kali.Kelantan &Terengganu teruk juga banjir
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-12-2022 08:20 AM
Oh...ingat panggung je sebab latest movie

Movie Puss in Boots tahun 2018 yang kat Netflix
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2023 07:06 PM
Take care, stay safe

You too Yong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2023 07:05 PM

Tak nak pkp mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 2-1-2023 07:17 PM
Adik siap cancel nak ke CH selepas insiden Batang Kali.Kelantan &Terengganu teruk juga banjir

Tu banjir lumpur CH kat Kg. Raja
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 2-1-2023 07:20 PM
Movie Puss in Boots tahun 2018 yang kat Netflix

Ni yg terbaharu The Last Wish
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 2-1-2023 07:22 PM
You too Yong

Hati2 kome...pandemik lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 2-1-2023 07:23 PM
Tak nak pkp mcm dulu

Lockdown teruk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 08:47 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Burung yg hebat terbang di udara, matinya dilanggar di daratan jua.

Ada org sakit barah, tapi matinya kerana lemas di sungai.

Ada org sakit jantung, tapi matinya kerana kemalangan.

Ada org kritikal 3 serangkai, tapi matinya kerana heart attack.

Ada org tua yg sakitnya dah lama, tapi anaknya yg baru 23 tahun mati dulu.

Ada org sihat bertenaga, tapi matinya kerana seekor nyamuk yg kecil.

Ada org rajin bersenam, tapi matinya kerana jatuh di rumah sendiri.

Ada org makan makanan berkhasiat, tapi sakit tak henti melanda.

Ada org jaga pantang pemakanan, tapi sebulan 3 kali wajib ke hospital sebab demam.

Ada org bersusah payah kumpul duit sampai puluh tahun, bila duit dah cukup rumah terbakar sekali dgn duit dlm rumahnya.

Kerana apa?

Kerana Allah dah tulis segalanya.
Kerana kita hanyalah hamba.
Kerana Allah nak kita ingat pada-Nya.
Bahawa kuasa ditangan-Nya.

Jgn cakap besar, jgn riak, jgn lupa diri, jgn takabbur, jgn perlekehkan org lain. Kita semua hamba.

Paling jangan ialah jangan putus asa dlm hidup. Ikhtiar & terus ikhtiar, usaha & terus usaha, biar apa org kata, biar apa doktor kata, biar apa yg kita rasa, kerana segalanya dgn izin Allah. Kun fayakun, keajaiban itu milik Allah.

Tiada istilah terlambat, kejarlah impian selagi mampu. Carilah rezeki selagi terdaya. Rebutlah akhirat kerana itu yg pasti. Pilihlah syurga kerana itu buatmu menang.

SELAMAT TINGGAL 2022
SELAMAT DATANG 2023

#cp
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:32 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 02:09 PM | Show all posts
MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1.       Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.Flashhskinzz Night CreamHydroquinone
2.Rissa Skin MoisturiserHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
2.       Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.       Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
  • Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4.       Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
5.       Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6.       Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
7.       Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Januari 2023






Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Fwd-

Berita Singapura!  Semua orang dinasihatkan memakai topeng kerana coronavirus varian COVID-Omicron XBB baharu adalah berbeza, mematikan dan tidak mudah dikesan dengan betul:-

Gejala virus XBB adalah seperti berikut:

      1. Tiada batuk.
      2. Tiada demam.

      Hanya akan ada:

      3. Sakit sendi.
      4. Sakit kepala.
      5. Sakit leher.
      6. Sakit pinggang atas.
      7. Pneumonia.
      8. Hilang selera makan secara am.

  XBB adalah 5 kali lebih toksik daripada varian Delta dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi.  Ia mengambil masa yang lebih singkat untuk keadaan mencapai tahap keterukan yang melampau, dan kadangkala tiada gejala yang jelas.

Strain virus ini tidak ditemui di kawasan nasofaring, dan ia secara langsung memberi kesan kepada paru-paru, "tingkap", untuk jangka masa yang agak singkat.

Ujian swab hidung biasanya negatif untuk COVID-Omicron XBB, dan kes negatif palsu ujian nasofaring semakin meningkat.  Ini bermakna virus itu boleh merebak dalam komuniti dan menjangkiti secara langsung paru-paru, membawa kepada radang paru-paru virus, yang seterusnya menyebabkan tekanan pernafasan akut.

  XBB telah menjadi sangat menular, sangat ganas dan membawa maut.

Elakkan tempat yang sesak, jaga jarak 1.5m walaupun di kawasan lapang, pakai topeng dua lapis, pakai topeng muka yang sesuai, kerap basuh tangan walaupun semua orang asimtomatik (tiada batuk atau bersin).

Jangan simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsi sebanyak mungkin dengan saudara-mara dan rakan-rakan lain, terutamanya anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2023 09:42 PM | Show all posts
seribulan replied at 3-1-2023 05:47 AM
Tu banjir lumpur CH kat Kg. Raja

scary betul bencana alam. kuasa manusia tak boleh melawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 8.047254 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list