CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36154|Reply: 2080

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 10-3-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 7-10-2022 02:17 AM

Memandangkan thread ke 41 dah hampir ke penghujung, saya menjemput forumer ke rumah baru. Saya hidangkan pisang goreng bersama sambal kicap dan keropok lekor untuk kudapan petang sambil berforum.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 05:50 PM | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:54 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 11-3-2022 10:49 AM

Ada naik ada turun




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 06:29 PM | Show all posts
Covid-19 buat Che Ta jadi trauma

PETALING JAYA – Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu dia masih trauma dan berasa paranoid dengan kesan jangka panjang Covid-19 kerana hanya mampu terlantar dan tidak bermaya untuk bergerak apabila disahkan positif koronavirus bulan lalu.

Che Ta, 49, berkata, dia me­ngalami demam, cirit birit, sakit tekak dan batuk berpanjangan hingga membantutkan segala pekerjaannya.
Katanya, dia begitu lemah sehingga tidak mampu memegang dan melihat skrin telefon bimbit walaupun selepas tamat tempoh kuarantin.

“Bagaimanapun, saya kuatkan semangat untuk melengkap­kan penggambaran 20 episod drama Mem Bibik yang akan bersiaran awal Ramadan. Saya mahu drama itu cepat selesai kerana mahu berehat sepanjang bulan puasa.

“Saya jadi orang berhati-hati ketika ini sehingga menegur pelakon lain supaya memakai pelitup muka dan menjaga prosedur operasi standard selagi belum sampai giliran babak mereka,” katanya.

Menurut Che Ta, dua anak­nya, Ammar Effendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23, hanya mengalami gejala ringan.

Tambahnya, dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani penggambaran Mai Cheq Deco pada 23 Februari lalu.

“Saya terus buat ujian kendiri dan pada sebelah malam, badan saya mula sakit, kepala berdenyut-denyut, cirit birit, muntah selain demam dan selesema,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... che-ta-jadi-trauma/
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 08:17 PM | Show all posts
mcm salah bod je TT nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2022 09:30 PM | Show all posts
KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (10/3/2022)
BALING - 136
BAKAI 12
BALING 7
BONGOR 3
KUPANG 31
KUPANG 2
PULAI 28
SIONG 5
TAWAR 28
TAWAR 2
TELOI KANAN 18
BANDAR BAHARU - 39
BAGAN SAMAK 12
RELAU 12
SELAMA 1
SERDANG 9
SUNGAI BATU 2
SUNGAI KECHIL ILIR 3
KOTA SETAR - 728
ALOR MALAI 71
ALOR MERAH 17
ANAK BUKIT 34
BUKIT LADA 7
BUKIT PINANG 10
DERANG 3
DERGA 52
GAJAH MATI 14
GUNONG 14
HUTAN KAMPONG 11
JABI 29
KANGKONG 22
KOTA SETAR 28
KUALA KEDAH 38
KUBANG ROTAN 10
LANGGAR 48
LENGKUAS 3
LEPAI 6
LESONG 7
LIMBONG 4
MERGONG 47
PADANG HANG 2
PADANG LALANG 16
PENGKALAN KUNDOR 110
PUMPONG 22
SALA KECHIK 12
SUNGAI BARU 7
TAJAR 21
TEBENGAU 7
TELAGA MAS 9
TELOK CHENGAI 5
TELOK KECHAI 24
TITI GAJAH 6
TUALANG 12
KUALA MUDA - 799
BUJANG 15
BUKIT MERIAM 6
GURUN 85
KOTA 3
MERBOK 21
PEKULA 17
PINANG TUNGGAL 74
RANTAU PANJANG 3
SEMELING 46
SIDAM KIRI 72
SIMPOR 5
SUNGAI PASIR 162
SUNGAI PETANI 284
TELOI KIRI 6
KUBANG PASU - 281
AH 10
BINJAL 10
BUKIT TINGGI 11
GELONG 13
HOSBA 2
JERAM 8
JERLUN 18
JITRA 45
KEPELU 8
KUBANG PASU 1
MALAU 7
NAGA 51
PADANG PERAHU 1
PELUBANG 17
PERING 5
PUTAT 6
SANGLANG 3
SUNGAI LAKA 23
TEMIN 28
TUNJANG 9
WANG TEPUS 5
KULIM - 532
BAGAN SENA 4
JUNJONG 10
KARANGAN 18
KELADI 43
KULIM 170
LUNAS 57
MAHANG 5
NAGA LILIT 32
PADANG CINA 67
PADANG MEHA 14
SEDIM 6
SIDAM KANAN 32
SUNGAI SELUANG 53
SUNGAI ULAR 18
TERAP 3
LANGKAWI - 83
AYER HANGAT 10
BOHOR 2
KEDAWANG 16
KUAH 35
PADANG MATSIRAT 8
ULU MELAKA 12
PADANG TERAP - 74
BATANG TUNGGANG KIRI 2
BELIMBING KANAN 12
BELIMBING KIRI 7
KURONG HITAM 4
PADANG TEMAK 5
PADANG TERAP KANAN 2
PADANG TERAP KIRI 11
PEDU 11
TEKAI KANAN 11
TEKAI KIRI 7
TUALAK 2
PENDANG - 100
AYER PUTEH 37
BUKIT RAYA 17
GUAR KEPAYANG 6
PADANG KERBAU 8
PADANG PELIANG 8
PADANG PUSING 11
RAMBAI 10
TOBIAR 3
SIK - 66
JENERI 10
SIK 22
SOK 9
TELOI 25
YAN - 89
DULANG 5
SALA BESAR 24
SINGKIR 3
SUNGAI DAUN 25
YAN 32
KUMULATIF KES - 2927

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 03:43 AM | Show all posts
since tahun ni tak berkesempatan nak buat Haji lagi dan tak pasti bila dapat turn, tiba-tiba teringin nak ramadhan di al haram. semoga Allah mudahkan urusan den untuk pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 03:43 AM
since tahun ni tak berkesempatan nak buat Haji lagi dan tak pasti bila dapat turn, tiba-tiba teringi ...

Aamiin. Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi Farhana... sedapnya laa kopok lekor tuu.. makan dgn kopi panasss!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 11-3-2022 07:10 AM
Aamiin. Semoga dipermudahkan

amin. tengah study buat umrah DIY.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:43 AM | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 02:43 AM
since tahun ni tak berkesempatan nak buat Haji lagi dan tak pasti bila dapat turn, tiba-tiba teringi ...

Saya dah pernah buat masa Ramadhan
Seronok sangat...nak buat masa raya & haji...pandemik pulak...
Ni dah boleh...moh kome pegi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:47 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-3-2022 03:27 PM




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 11:48 AM | Show all posts
seribulan replied at 11-3-2022 07:43 AM
Saya dah pernah buat masa Ramadhan
Seronok sangat...nak buat masa raya & haji...pandemik  ...

tak pernah ada dalam angan-angan nak pegi bulan ramadhan. since nak dpt muasasah haji pun kene queue, nak pegi pakej kene ambil bilik berdua, so kita pegi la dulu ramadhan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:47 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-3-2022 12:22 AM

Status COVID-19, 11 Mac 2022

Kes Sembuh = 24,444
Jumlah Kes Sembuh = 3,418,443
(90.56%)

*Kes Baharu Positif = 32,800* (541 Import)

Jumlah Kes Positif = 3,774,786

*Kes Kematian = 76* (21 BID)

Jumlah Kes Kematian = 33,643 (0.89%)

Kes Aktif = 322,700 (+8,280)

Kes dirawat di ICU = 380 (-9)
Bantuan Alat Pernafasan = 231 (+2)

Kementerian Kesihatan Malaysia
12 Mac 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
11 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 10 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu Kelantan (79%), Johor (68%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (62%), Selangor (57%), dan Pulau Pinang (57%) menunjukkan peratusan pengisian 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: 13 negeri iaitu Selangor (111%), WP Putrajaya (111%), WP Kuala Lumpur (91%), Terengganu (90%), Perlis (89%), Perak (89%), Melaka (77%), Kelantan (73%), Sarawak (72%), Pahang (61%), Johor (61%), dan Pulau Pinang (57%) menunjukkan peratusan pengisian   ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (60%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 229 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator26%.



Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 10 Mac 2022, sebanyak 2,048 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 771 kes (37.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,277 kes (62.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 10 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 26,457 kes [3,393,999 kes kumulatif (90.7%)];
  • Kes baharu: 30,787 kes (3,741,986  kes kumulatif);
  • Kes import: 608 kes [564 warganegara (92.8%); 44 bukan warganegara (7.2%)];
  • Kes tempatan: 30,179 kes [29,295 warganegara (97.1%); 884 bukan warganegara (2.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 389 kes (153 kes disahkan COVID-19; 236 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 229 kes (96 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 30,787 kes harian yang dilaporkan pada 10 Mac 2022:
  • Kategori 1: 10,921 kes (35.47%);
  • Kategori 2: 19,642 kes (63.80%);
  • Kategori 3: 93 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 74 kes (0.24%); dan
  • Kategori 5: 57 kes (0.19%).
Daripada 224 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 10 Mac 2022:
  • 58 kes (25.89%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 94 kes (41.96%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 72 kes (32.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 122 kes (54.46%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 96 kes (42.86%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (0.89%) adalah ibu megandung.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,869 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,450 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 419 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 10 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Sarawak1.37
WP Kuala Lumpur1.16
Terengganu1.15
Perak1.10
Negeri Sembilan1.07
Kedah1.05
Selangor1.04
Pahang1.03
Pulau Pinang1.03
Melaka1.02
WP Putrajaya1.02
Perlis1.00
Kelantan0.98
Johor0.97
WP Labuan0.86
Sabah0.74
MALAYSIA1.04
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (11/3/2022)
BALING - 92
BAKAI 8
BALING 3
BONGOR 2
KUPANG 17
KUPANG 4
PULAI 18
SIONG 4
TAWAR 26
TELOI KANAN 10
BANDAR BAHARU - 42
BAGAN SAMAK 28
RELAU 3
SELAMA 2
SERDANG 7
SUNGAI BATU 1
SUNGAI KECHIL ILIR 1
KOTA SETAR - 540
ALOR MALAI 49
ALOR MERAH 2
ANAK BUKIT 22
BUKIT LADA 2
BUKIT PINANG 11
DERANG 5
DERGA 38
GAJAH MATI 10
GUNONG 9
HUTAN KAMPUNG 5
JABI 26
KANGKONG 23
KOTA SETAR 31
KUALA KEDAH 41
KUBANG ROTAN 6
LANGGAR 44
LENGKUAS 2
LESONG 3
LIMBONG 1
MERGONG 27
PADANG LALANG 16
PENGKALAN KUNDOR 75
PUMPONG 19
SALA KECHIK 5
SUNGAI BARU 5
TAJAR 20
TEBENGAU 6
TELAGA MAS 4
TELOK CHENGAI 5
TELOK KECHAI 17
TITI GAJAH 7
TUALANG 4
KUALA MUDA - 807
BUJANG 17
BUKIT MERIAM 6
GURUN 58
KOTA 3
MERBOK 19
PEKULA 16
PINANG TUNGGAL 58
RANTAU PANJANG 3
SEMELING 48
SIDAM KIRI 58
SIMPOR 7
SUNGAI PASIR 144
SUNGAI PETANI 360
TELOI KIRI 10
KUBANG PASU - 264
AH 5
BINJAL 4
BUKIT TINGGI 12
GELONG 9
HOSBA 7
JERAM 16
JERLUN 31
JITRA 53
KEPELU 2
KUBANG PASU 1
MALAU 12
NAGA 41
PADANG PERAHU 4
PELUBANG 17
PERING 4
PUTAT 2
SANGLANG 3
SUNGAI LAKA 11
TEMIN 14
TUNJANG 10
WANG TEPUS 6
KULIM - 435
BAGAN SENA 3
JUNJONG 17
KARANGAN 4
KELADI 47
KULIM 124
LUNAS 29
MAHANG 9
NAGA LILIT 25
PADANG CINA 52
PADANG MEHA 22
SEDIM 11
SIDAM KANAN 33
SUNGAI SELUANG 45
SUNGAI ULAR 11
TERAP 3
LANGKAWI - 64
AYER HANGAT 2
BOHOR 3
KEDAWANG 9
KUAH 40
PADANG MATSIRAT 2
ULU MELAKA 8
PADANG TERAP - 43
BATANG TUNGGANG KANAN 2
BATANG TUNGGANG KIRI 2
BELIMBING KANAN 4
BELIMBING KIRI 2
KURONG HITAM 1
PADANG TEMAK 5
PEDU 4
TEKAI KANAN 9
TEKAI KIRI 13
TUALAK 1
PENDANG - 96
AYER PUTEH 51
BUKIT RAYA 7
GUAR KEPAYANG 3
PADANG KERBAU 10
PADANG PELIANG 2
PADANG PUSING 10
RAMBAI 10
TOBIAR 3
SIK - 54
JENERI 9
SIK 23
SOK 12
TELOI 10
YAN - 71
DULANG 3
SALA BESAR 25
SINGKIR 2
SUNGAI DAUN 19
YAN 22
KUMULATIF KES - 2508

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:50 PM | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 10:48 AM
tak pernah ada dalam angan-angan nak pegi bulan ramadhan. since nak dpt muasasah haji pun kene que ...

Yang bestnya malam bertaraweh terus tawaf...solat subuh terus keluar tengok2 kedai2 yg byk dah buka...suasana sejuk...berbuka ramai...dpt pelbegai sedekah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 01:10 PM | Show all posts
seribulan replied at 11-3-2022 12:50 PM
Yang bestnya malam bertaraweh terus tawaf...solat subuh terus keluar tengok2 kedai2 yg byk dah buk ...

bestnya. plan nak buat madinah-mekah-madinah. so, stay mekah 4 hari je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:33 PM | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 12:10 PM
bestnya. plan nak buat madinah-mekah-madinah. so, stay mekah 4 hari je.

Madinah tu memang meriah masa Ramadhan
Berbuka ramai2 pelbagai negara @ Masjid Nabawi...
Dpt dok bilik berdua ada mini fridge...kedai buah sebelah
hotel...masa di Mekah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:41 PM | Show all posts
seribulan replied at 11-3-2022 01:33 PM
Madinah tu memang meriah masa Ramadhan
Berbuka ramai2 pelbagai negara @ Masjid Nabawi ...

cer kaka seri share tips umrah ramadhan. tak sabarnya nak pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:51 PM | Show all posts
dellashrill replied at 11-3-2022 12:41 PM
cer kaka seri share tips umrah ramadhan. tak sabarnya nak pegi.

Ada tulis @ bod sebelah...jap cari...

Ni @marla69

Tips umrah
Yang penting bawa baby oil or minyak zaitun, boleh apply kat badan n tgn supaya tak kerengsaan (kering) yg boleh mengakibatkan kita tergaru n rasa gatal


2. Utk pompuan pakai stokin sampai 3 lapis n baru pakai kasut/stokin tawaf kerana lantai masjid sangat sejuk n boleh buat kaki kita sakit


3. Elak minum air zam zam sejuk kerana boleh buat kita batuk teruk kemudian. Amal minum air zam zam biasa


4. Bawa telekung at least 5 pasang supaya memudah kan kita . Dobi disana charge base on satu helai. Kalu jubah 10riyal satu


5. Bawa ubat ubatan, minyak vick, minyak gamat, ubat batuk, strepsil n paling penting air garam tuk cirit birit tu kerana bila dehyrated ianya sgt membantu


6. Bawak sambal kering or serunding kering. Kekadang kita tak lalu mkn masakan kat sini.


7.jgn bawa baju lycra kerana berat timbangan beg anda


8. Tudung labuh or shawl bawa 3 dah cukup


9. Baju tido 2 dah cukup, inner dlm 2 each, underwear kena byk, modess jgn lupa takut terkencing bila terbatuk (bawa 3 pax yg besar) percaya lah nanti ada yg nak minta dari kita


10. Nak sedekah bagi kat tukang sapu or cuci kat masjid. To feed the poor pergi jer kat subway kedai tepi tepi tu..dlm 60riyal for 20 ppl gitu


Itu jer yg teringat..tapi kalu bab ibadah just mohon pada Allah, in sya Allah, semuanya akan di permudahkan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 5.154431 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list