View: 847|Reply: 7
|
Patung Voodoo Laris, Ramai Nak 'Santau' Vladimir Putin, Donald Trump Dan Joe Biden
[Copy link]
|
|
Florida – Seorang wanita di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular selepas dia didapati menjual patung voodoo menampilkan wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin secara online, lapor akhbar Daily Star.
Patung voodoo jahitan tangan itu merupakan sebahagian daripada amalan ilmu hitam itu dijual pada harga AS$23.89 (RM99.96).
Pelanggan yang membeli patung itu boleh mencucuk ‘Putin’ dengan jarum tajam, kononnya akan menimbulkan kesakitan kepada pemimpin Rusia itu agar beliau berhenti menimbulkan kekecohan di Ukraine.
Foto: ETSY
Penjual patung yang bernama Di Di berkata, dia bukanlah seseorang yang taksub mempercayai ilmu magis tetapi berbeza dengan kebanyakannya pelanggannya.
“Saya tidak percaya pada kuasa anak patung voodoo, tetapi saya rasa pelanggan saya percaya.
“Saya mula menjual anak patung voodoo pada Oktober 2014 dan kemudian pada 2016 seorang rakan meminta saya untuk menjahit patung voodoo Donald Trump,” katanya.
Tambah Di Di, dia menjual pelbagai versi patung voodoo yang berbeza sama ada dijahit dengan fabrik penuh dan cetakan digital dengan fabrik.
Dia juga telah menjual 150 patung voodoo Putin setakat ini tetapi patung yang paling laris ialah Donald Trump dan Joe Biden. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
chuckkkyyyyyy....
jauh sgt putin, ilmu voodoo tak sampai dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat ambil immigrant PPRT |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia pakai buah kelapa dengan teropong je sis |
|
|
|
|
|
|
|
Buatkan patung Jibun please |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 dorg tu pon ada 'penjaga' masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada laa kwn aku sembang
Kwn dia nak bwk setan kat 1 tempat judi ni
Nak menang pya psl
Sekali setan dia tak nak ikut sama kauu
Sbb tempat tu pya setan lagi bapak setan duduk sana
Jadi klu stkt patung2 3singgit tu takde harapan la kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|